Pada hujung minggu lalu, jenama sukan antarabangsa telah berjaya menganjurkan sambutan Nike Women Rooftop Celebration di Lot 10, Bukit Bintang bersama lebih 200 wanita yang aktif dan sihat. Program ini sebenarnya adalah acara kemuncak pameran dan jualan pakaian dan kasut sukan Nike Free untuk wanita yang ingin mencari pakaian yang sesuai untuk tubuh badan mereka.
Acara bermula sekitar jam 5 petang dimana dua kumpulan wanita berlari di sekeliling Bukit Bintang sambil melepaskan belon berwarna merah jambu dan kemudiannya mereka mencabar diri mereka dengan menyertai acara senaman yang diketuai oleh tenaga pengajar kecergasan dengan lagu rancak DJ Arabyrd.
Nike Training Club merupakan aplikasi di telefon pintar dengan lebih 100 latihan yang direka khas oleh NTC Master Trainers yang membantu anda menjejaki kemajuan , kekal bermotivasi dan berlatih lebih baik. Berikut adalah gambar menarik sepanjang acara itu berlangsung minggu lepas.