Tiba di hotel selfie dahulu di katil, bilik air, balkoni hotel, kolam renang ataupun di depan receptionist untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Pergi bercuti jauh-jauh gambar dalam hotel diambilnya bukan pemandangan luar yang cantik, semua kerana mahu selfie. Apa kena dngan artis kpop, ini entry selfie jadi Wanista ingin senaraikan 5 artis Kpop yang sememangnya kaki selfie. Anda cuba lihat koleksi selfie mereka, pelik-pelik. Ada yang selfie masa nak tidur, tunjuk lubang hidung, selfie jelir lidah dan macam-macam lagi.
1. CL 2NE1 – Koleksi gambar diperoleh daripada Instagram CL sendiri. Banyak selfie CL menunjukkan gambar muka lengkap dengan mekap tetapi sekerat sahaja. Agak pelik juga.
2. JESSICA SNSD – Digelar princess ice kerana imejnya yang agak dingin. Sukakan selfie di mana sahaja, paling suka selfie buat muka comel pelbagai gaya.
3. SUZY MISS A – Suzy tampilkan kelainan dengan selfie pelbagai gaya, tidak fokus kepada wajah sahaja. Ada selfie tunjuk rambut, tunjuk solekan wajah, selfie ketika sedang gunting rambut.
4. SEUNGRI BIG BANG – Rasanya kalau versi lelaki, Seungri kerap selfie. Atas pentas ketika konsert masih sempat selfie, sedang shooting drama juga sempat selfie.
5. TAEYEON SNSD – Seorang lagi member SNSD yang kerap selfie ialah Taeyeon. Taeyeon suka tampil dengan selfie tunjukkan muka comel masa nak tidur, selfie tunjuk fizikalnya ramping dan banyak lagi. Lagi satu ialah Taeyeon selfie satu gaya tetapi pelbagai angle, hebat..
Anda sukakan koleksi selfie artis Kpop yang mana satu? Penulis sukakan Suzy dan CL.