Setelah hampir 50 tahun menjadi hiburan dan inspirasi dalam menjana kreativiti kanak-kanak, kini patung ikonik Barbie akan beraksi di layar perak melalui filem pertamanya.
Sebelum ini, Barbie hanya dipersembahkan dalam filem-DVD menggunakan teknik CGI bermula dengan 1987’s Barbie and the Rockers: Out of this World dan terbaru Barbie: The Pearl Princess, pada Mac tahun ini.
Filem tersebut akan dihasilkan oleh pasangan suami isteri Walter Parkes dan Laurie MacDonald yang sebelum ini telah menghasilkan filem Men In Black. Skripnya pula akan ditulis oleh penulis filem What a Girl Wants , Jenny Bicks.
Menurut ketua studio Amy Pascal, filem ini bukan sahaja fokus peranan Barbie sebagai permainan untuk anak-anak muda masa kini tetapi juga untuk generasi terdahulu yang membesar dengan anak patung ini . Selain itu, tema filem juga dijangka akan menekankan Barbie sebagai simbol kuasa wanita.
Plot cerita filem ini pula akan berkisarkan mengenai Barbie yang bekerja keras sebagai seorang birokrat dan berkonsepkan komedi dan kontemporari.
Produksi dijangka bermula pada hujung tahun ini.
– Via