Sebuah mahkamah Arab telah menghukum seorang doktor Arab hingga 10 tahun penjara dan memerintahkan beliau supaya disebat selepas dia didapati bersalah menjalinkan hubungan dengan ramai pesakit wanita. Pihak polis telah menahan doktor itu selepas menangkap beliau dalam aktiviti lucah dengan seorang wanita di rumahnya di tengah bandar Afif. Akhbar Sabq melaporkan doktor itu yang tidak dinamakan mengaku mengadakan hubungan seks dengan beberapa pesakit wanita, dan memberitahu bahawa pendakwa akan mengemukakan rayuan bagi hukuman yang lebih keras.
Sebelum itu pada tahun 2011, seorang doktor Mesir dijatuhi hukuman 500 sebatan dan lima tahun penjara di Arab Saudi kerana bersendirian dengan seorang wanita di sebuah pangsapuri. Raja Abdullah bin Abdul-Aziz berikrar untuk meningkatkan unit polis khas dengan tambahan 200 juta riyal (sekitar 53 juta dolar) untuk menjalankan tugas-tugas mereka. – www.emirates247.com