Kita semua tahu bahawa negara Jepun sangat kreatif tetapi kita tidak dapat menduga satu hal ini. Mengubah objek biasa untuk menjadi karya seni. Jika anda jalan dan pandang ke bawah, anda pasti perasan akan karya seni pada setiap penutup sistem pembentung bawah tanah. Setiap penutup sistem pembentung bawah tanah dihiasi dengan karya seni lukis yang berbeza dan menarik perhatian ramai khususnya warga pejalan kaki.
Setiap perbandaran akan mereka bentuk karya seni yang berbeza mengikut simbol perbandaran dan landskap tempatan untuk corak abstrak atau ilustrasi lagenda tempatan. Bahkan di Jepun mempunyai Japan Society of Manhole Covers! bagi memberi fokus kepada kebersihan dan kesenian penutup seistem pembentung bawah tanah. Hebatnya!