1. Peluang untuk wanita lebih berusia mendapat anak kembar adalah lebih tinggi
Kadar kelahiran kembar telah meningkat 76% sejak tahun 1980, beberapa pakar juga mendapati wanita yang berusia dalam lingkungan tiga puluhan lebih cenderung mendapat anak kembar berbanding wanita dalam dua puluhan.
2 Wanita tinggi adalah lebih cenderung untuk mempunyai kembar.
Gary Steinman, MD, PhD, seorang doktor dan juga pakar perubatan dari Pusat Perubatan Long Island Jewish (LIJ), mendapati bahawa wanita yang lebih tinggi mempunyai lebih banyak faktor seperti insulin pertumbuhan (IGF), protein yang dilepaskan dari hati sebagai tindak balas kepada hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan dalam batang tulang panjang. Oleh kerana mereka mempunyai tahap hasil sensitiviti IGF yang lebih tinggi daripada ovari, peluang wanita mendapat ovulasi juga turut meningkat. Menurut Steinman, lebih tinggi tahap penghasilan IGF , maka peluang untuk mengandung anak kembar juga lebih besar, kerana IGF “mentadbir kadar berkembar secara spontan.”
3.Selain itu, wanita yang mengambil banyak susu lebih cenderung kepada hamil kembar.
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Steinman dan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Reproduktif mendapati bahawa wanita yang makan lebih banyak produk tenusu boleh meningkatkan peluang mereka untuk hamil anak kembar. Steinman membuat ujikaji ini dengan membandingkan kadar berkembar ibu-ibu vegetarian dengan bukan vegetarian. Mereka yang mengambil susu adalah lima kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai kembar. Ini adalah kerana ,seperti manusia,lembu juga menghasilkan IGF sebagai tindak balas kepada hormon pertumbuhan dan melepaskannya ke dalam darah mereka. Kemudian ia akan dilepaskan ke dalam susu yang diminum.
4. Bayi kembar berkemungkinan boleh mempunyai bapa yang berbeza.
Pada tahun 2009, seorang wanita bernama Mia Washington telah melahirkan anak kembar yang mempunyai bapa yang berbeza . Perkara seperti ini dikatakan berlaku seribu dalam satu. Dr Hilda Hutcherson, Profesor Klinikal Obstetrik dan Ginekologi di Columbia University, menjelaskan kepada “Today” bagaimana ianya berlaku: Biasanya, wanita melepaskan satu telur setiap bulan. Bagi kes Washington, ada dua telur dilepaskan. Pada masa yang sama, ibu ini mempunyai hubungan dengan dua lelaki berbeza dalam tempoh lima hari. Oleh kerana sperma boleh kekal hidup dalam saluran pembiakan untuk yang lama, sperma setiap manusia disenyawakan satu telur. Voilà! Maka terjadilah kes dua bayi kembar dengan dua bapa yang berbeza.
5. Janin yang berkongsi rahim dan hari lahir tidak semestinya kembar
Ini adalah keadaan yang sangat jarang berlaku dipanggil sebagai superfetation. Ia berlaku apabila seorang wanita hamil datang haid dan embrio kedua terbentuk . Selalunya, janin di dalam kandungan terakhir dilahirkan pramatang, manakala janin di dalam kandungan pertama dipanjangkan tempoh kelahirannya, tetapi terdaoat juga kes, yang bayi dilahirkan pada hari yang sama.
6. Anjing boleh membezakan antara dua kembar
Walaupun sukar bagi manusia untuk membezakan antara kembar seiras, ini tidak menjadi masalah kepada anjing yang dilatih khas German Shepherds, anjing-anjing ini yang boleh mengesan variasi bau antara kedua-dua kembar seiras dan tidak seiras. Walaupun adik-beradik ini memakan makanan yang sama dan tinggal di rumah yang sama. Anjing-anjing yang digunakan dalam kajian ini telah anjing polis yang terlatih dan khusus digunakan untuk mengenal pasti bau dalam barisan manusia.