Kerajaan Turki telah mengharamkan penggunaan laman sosial Twitter di negara tersebut dan perkara ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Turki dan dikecam di seluruh dunia termasuklah presiden negara itu sendiri iaitu Abdullah Gui. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang menyalahkan media sosial untuk mengapi-apikan retorik anti-kerajaan, mengancam untuk “menghapuskan” Twitter di dalam salah satu perhimpunan di bandar Bursa pada hari Khamis lalu. Dalam masa beberapa jam pengguna Internet Turki melaporkan gangguan meluas perkhidmatan media sosial itu dengan menggunakan dan hashtag termasuk #TwitterisblockedinTurkey dan #DictatorErdogan yang telah menjadi trend di seluruh dunia.
Katanya ( Erdogan ) kepada orang ramai : “Saya tidak faham bagaimana orang yang waras masih mempertahankan Facebook , YouTube dan Twitter. Laman sosial ini terus-menerus menyebarkan semua jenis pembohongan. Saya bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah dalam menghadapi sebarang serangan yang mengancam keselamatan negara saya, walaupun dunia berdiri menentang kami. Twitter , Facebook dan YouTube perlu menghormati undang-undang Republik Turki . Turki bukan sebuah republik pisang.”
Berjuta-juta pengguna Twitter dari seluruh Turki mencari jalan untuk memintas sekatan itu dengan bantuan dari Twitter sendiri – dan menyuarakan kemarahan dan kekecewaan mereka pada langkah kerajaan negara Turki yang bagi mereka menyekat kebebasan bersuara.
Sebelum ini ada beberapa negara yang sudah mengharamkan penggunaan Twitter termasuklah China, Korea Utara dan Iran. Mesir juga pernah mengharamkan penggunaan Twitter buat sementara waktu sekitar tahun 2011 semasa berlakunya protes terharap kerajaan Mesir pada tahun yang sama.
Pada tahun 2010, seorang pemuda Cheng Jianping dijatuhi hukuman 1 tahun di sebuah kem buruh untuk hanya kerana dia men’retweet’ komen yang mencadangkan pemboikot barangan Jepun dan sebaliknya harus menyerang pavilion Jepun di pameran Expo Shanghai 2010. Tunangnya mendakwa bahawa ia adalah sebenarnya satu sindiran sentimen anti-Jepun di China. Perdana Menteri, David Cameron mengancam untuk mengharamkan penggunaan Twitter pada tahun 2011 semasa berlakunya rusuhan di England tetapi tiada tindakan diambil.