Hong Kong memusnahkan puluhan ribu ayam selepas H7N9 virus selesema burung ditemui pada haiwan ternakan yang diimport dari tanah besar China. Semua ayam di pasar borong dimusnahkan setelah hasil ujian positif dikeluarkan. Kerajaan juga telah mengharamkan import ayam hidup dari China selama tiga minggu.
Di tanah besar China, urus niaga ayam hidup telah dihentikan di tiga bandar di wilayah Zhejiang hal ini kerana 12 orang telah mati akibat H7N9 pada bulan ini. Shanghai juga akan menghentikan perdagangan ayam hidup dari 31 Januari selama tiga bulan.
Langkah-langkah persediaan diambil bagi membolehkan orang ramai meraikan percutian Tahun Baru Lunar dengan menghabiskan masa dengan saudara-mara. – via