Adakah anda sentiasa menggayakan rambut berikat setiap hari atau mengubah gaya rambut anda mengikut suasana dan tempat? Kita semua gemar bereksperimen dengan rambut, sama ada ia melibatkan produk dandanan atau peralatan untuk mencantikkan rambut kita. Dalam usaha untuk menonjolkan penampilan terbaik, lazimnya terlepas tentang pandang kerosakan harian yang berlaku ke atas rambut kita. Rutin harian seperti memberus, mengeringkan rambut dan pendedahan kepada sinar UV pastinya memberikan kesan yang mendalam ke atas mahkota idaman wanita. Pendek kata, kerosakan rambut tidak dapat dielakkan.
Keratin Rambut
Dengan pandangan mata kasar, rambut yang rosak kelihatan rapuh, kusam dan sukar diuruskan. Sementara itu, bahagian dalam rambut yang rosak mengikiskan keratin dalam struktur rambut, menjadikannya lemah, kusam dan tidak bermaya. Keratin adalah sejenis protein yang menjadi komponen utama rambut, kuku dan kulit; ia merangkumi 60 sehingga 90 peratus daripada setiap helai rambut. Keratin adalah penting kerana ia membantu memberikan kekuatan dan kebingkasan kepada serat rambut sambil membentuk perlindungan semula jadi bagi rambut. Bagaimanapun, apabila keratin pecah, fungsinya akan terjejas, mengakibatkan kerosakan berterusan di tahap selular.
Dove, memahami kepentingan membaiki kerosakan rambut di peringkat yang lebih dalam dan memperkenalkan rangkaian Dove Intense Repair baru. Penemuan Keratin Repair Actives Dove yang dipaten, merupakan rumusan unggul yang membantu membina semula rambut dengan memperkukuhkannya di bahagian teras dengan meresap ke dalam serat rambut bagi menstabilkan protein di dalam setiap serat rambut untuk pemulihan dalaman. Ia bukan lagi sekadar pemulihan superfisial pada permukaan tetapi memperkukuh struktur rambut bagi menghasilkan mahkota impian yang berkilau dan anggun. Teknologi proprietari ini membantu rambut menjadi lebih kuat dalam hanya tujuh hari.
Tambahan pula, Dove Intense Repair Conditioner baru mengandungi Microsheets Technology baru yang menyalut rambut bagi rambut lebih licin dan bersinar. Microsheets ini menyalut secara sekata bagi membantu meleraikan kekusutan rambut agar ia lebih senang disikat dengan serta-merta. Lihat dan rasakan perbezaan apabila rambut lemah diperkuatkan dan dilindungi daripada kerosakan harian bagi rambut yang lebih licin dan sihat.
Kini, kaum wanita tidak lagi perlu berkompromi dalam rutin kecantikan mereka bagi menikmati rambut yang benar-benar bebas kerosakan. Tiada sebab untuk berhenti mencuba pelbagai stail rambut dan dandanan baru. Kaum wanita kini boleh mengubah rutin rambut menjadi saat-saat penuh inspirasi pada bila-bila masa dan masih memiliki rambut yang berkilau, bersinar dan licin. Rangkaian Dove Intense Repair membenarkan kaum wanita menikmati kebebasan untuk melaksanakan aktiviti kegemaran mereka tanpa teragak-agak serta memiliki rambut sihat lagi cantik yang kuat dan berdaya melawan kerosakan.
Menangi wang tunai RM10,000 dengan menyertai pertandingan ‘I’m a Dove Girl’
Sehubungan dengan itu, Dove telah melancarkan pertandingan ‘I’m a Dove Girl’ bagi menggalakkan kaum wanita untuk menunjukkan gaya menyelak rambut terbaik dengan rambut yang lembut, licin dan bebas kerosakan. Untuk menyertai pertandingan ini, wanita perlu menghantar lima keping gambar memaparkan gaya menyelak rambut yang paling asli lagi kreatif dan menulis slogan menyatakan mengapa mereka layak menjadi seorang ‘Dove Girl’. Pemenang akan mendapat kontrak selama setahun sebagai seorang Dove Girl dan RM10,000 wang tunai. Sila layari di sini untuk maklumat lebih lanjut: https://apps.facebook.com/dovegirlmy
Terdapat 6 produk utama di dalam rangkaian ini iaitu Syampu ( 375ml:RM 14.90 ) , Perapi ( 180ml: RM 9.90 ) , Perapi Rawatan Harian ( 180ml: RM 13.90 ) , Rawatan Semalaman ( 120ml: RM 19.90 ) , Topeng Rawatan (200ml : RM 22.90 ), Krim Pembaikan Sepanjang Hari ( 120ml: RM 10.90 , 40ml:RM 4.90 )