Melissa sering menjalankan kerjasama dengan pelbagai pereka dari segenap bidang yang ada, termasuklah pereka seni bina dan artistik demi menghasilkan kasut sempurna dengan menggunakan material getah khas jenama Melissa digelar Melflex. Bukan itu sahaja, Melissa sering komited untuk meghasilkan rekaan kasut yang bukan sahaja cantik dari segi fizikal, malah selesa tatkala digayakan si fashionista.
Pereka ternama yang turut serta dalam kolaborasi bersama Melissa baru-baru ini untuk koleksi musim Bunga/Panas 2016 adalah termasuk Vivienne Westwood, Jason Wu and Alexandre Herchcovitch. Kesemua pereka telah mencurahkan idea menarik yang mempunyai nilai kelebihan tersendiri, istimewa buat jenama Melissa. Ia seterusnya dapat dinilai daripada perincian floral timbul serta cetakan bunga besar yang menghiasi permukaan kasut.
Koleksi musim Bunga/Panas 2016 yang bertemakan “Wanna be Carioca” ini memanfaatkan palet warna ceria yang terdiri daripada pelbagai rona sejuk dan panas seperti merah jambu neon, kuning, hijau, merah, termasuklah warna monokrom hitam dan putih. Ia menampilkan pelbagai jenis rekaan yang bukan sahaja inovatif, bahkan menonjol selari dengan musim bunga yang meriah dan berwarna-warni itu.
Kini, semua orang pun bisa memiliki kasut pereka -disertai konsep jenama Melissa yang mengaplikasikan penggunaan material getah jenis Melflex yang sangat selesa tatkala membaluti kaki.
Tambahan pula, Melissa akan mula melancarkan gedung atas talian pertamanya di Malaysia pada awal April nanti. Beruntunglah para peminat Melissa selepas ini, kerana dengan hanya satu klik, anda boleh terus membeli kasut Melissa dengan ringkas dan cepat tanpa perlu merembeskan peluh mengunjungi butiknya yang berdekatan.
Layari gedung atas talian Melissa Malaysia bermula 1 April 2016 di www.mdreamsmelissa.com.my.