Untuk pengetahuan anda, bermula 1 Mac 2016, IKEA mengorak langkah lagi ke arah menyediakan pelbagai pilihan makanan yang lebih berkhasiat dan lebih lestari dengan menjual dan menghidangkan makanan laut yang diperakui oleh Aquaculture Stewardship Council (ASC) dan Marine Stewardship Council (MSC) di gedung IKEA di Malaysia.
Pelanggan kini boleh menikmati dengan penuh yakin ikan salmon, hering, udang dan telur ikan kod yang dijual di Restoran IKEA dan Kedai Khas Makanan Sweden datangnya daripada perniagaan yang bertanggungjawab dan sumber yang lestari.
“Menyediakan makanan laut yang dihasilkan secara bertanggungjawab untuk pelanggan kami membolehkan IKEA Food menjadi penyumbang yang kukuh terhadap perkembangan perniagaan IKEA itu sendiri. Pada masa yang sama, ia memberi kami peluang untuk meningkatkan piawaian industri makanan tempatan, dengan membuat makanan berkhasiat mudah diakses oleh semua. Pelanggan kami akan mendapat makanan yang baik dan apa yang baik untuk pelanggan kami kesudahannya tentu baik untuk kami juga,” kata Christian Uhlig, Ketua IKEA Food untuk Singapura, Malaysia dan Negara Thai.
Yogurt sejuk beku kalori rendah kini tersedia ada di gedung IKEA
IKEA juga memperkenalkan yogurt yang enak lagi berkhasiat sebagai alternatif kepada aiskrim lembut yang dijual di Bistro IKEA. Penambahan baharu ini dialu-alukan seiring dengan komitmen bagi mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk semua dan ia mula dengan makanan.
Tarikan baru ini rendah kalori dan boleh didapati dengan toping sos strawberi dan campuran sos rasberi dan beri biru. Yogurt sejuk beku ini akan tersedia ada di Bistro IKEA Malaysia dijual pada harga RM1.50 bagi setiap hidangan (termasuk toping) dari 1 Mac 2016.
Untuk lebih maklumat mengenai makanan yang diperakui ASC & MSC, sila layari IKEA.my/makananlestari