Usianya bukan lagi muda, bahkan sudah hampir mencecah 40 tahun dan telah mempunyai 2 orang cahaya mata. Tetapi aktres jelita Kate Hudson ini sering kelihatan hebat dalam keadaan apa sekalipun. Walau hanya mengenakan solekan ala kadar atau bak kata orang, solekan jenis natural, tetapi dirinya masih lagi menonjol dan kelihatan awet muda. Riak muka yang ceria serta senyuman manisnya sudah memanglah memukau, apatah lagi bentuk badan langsing yang dimilikinya itu? Hebat!
Bentuk tubuh langsing dan mantap sememangnya menjadi impian bagi semua individu wanita yang wujud di dunia ini. Tetapi acap kali kita lihat, rata-ratanya wanita yang telah berkahwin, terutamanya selepas melahirkan anak, berat badan mereka akan meningkat dengan mendadak, sekaligus merubah bentuk badan mangsa bertukar saiz dari XS ke XXL. Tidak mustahil kan?
Amalan pemakanan sihat itu adalah perkara yang paling utama kerana ia berfungsi untuk mengekal serta memantapkan bentuk badan. Walau bagaimanapun, senaman itu juga adalah amat penting bagi menyokong amalan rutin diet seseorang.
Anda pasti tertanya-tanya, apakah rahsia si jelita Kate Hudson untuk memiliki tubuh badan yang begitu menawan. Rahsianya adalah rutin senaman Pilates yang telah diamalkannya sejak 15 tahun lepas, di mana dirinya juga adalah merupakan seorang jurulatih Pilates yang hebat!
Jadi, tidak salah rasanya untuk anda ambil sedikit masa untuk melakukan rutin senaman mudah ini. Dengan hanya 4 langkah mudah, anda akan mengecapi hasil bentuk badan yang menarik, tertarik, kau memang debom! Tak percaya? Cuba lah dulu!
#1 Gerakan Baring-Duduk
A. Baring dengan selesa. Posisikan kedudukan tangan anda di tepi badan anda sambil tampak tangan menghadap siling.
Selepas itu, rapatkan kedua belah tumit kaki sambil kedua-dua belah jari-jemari kaki mengepak.
Selasakan kedudukan anda, langsung tarik nafas perlahan-lahan sambil menaikkan tangan juga secara perlahan ke atas mengikut hela nafas anda.
B. Bangun (dalam posisi duduk) Tahan nafas dan sedut perut anda.
C. Lakukan pergerakkan baring duduk sebanyak 5 kali berturut-turut tanpa henti secara perlahan.
Ulang sehingga anda mampu tunduk melunjur sambil tangan anda hampir ke tumit kaki. Tarik nafas dan lepas, sambil anda baring semula ke permukaan lantai untuk memulakan gerakan awal tadi.
#2 Regangan Kaki Berganda
A. Baring sambil angkat lutut sehingga punggung anda melengkung. Rapatkan kedua belah kaki dan tolaak jari kaki kehadapan sehingga tegang.
Lembutkan bahu anda dan lunjurkan tangan ke sisi, manakala tapak tangan memandang satu sama lain. Tarik nafas dalam-dalam.
B. Tarik nafas dan panjangkan kaki anda kehadapan dan tangan pula di atas kepala. Pastikan tapak tangan berhadapan dengan kaki anda.
Kembali kepada posisi mula. Ulang sebanyak 15 kali.
#3 “Rond de Jambe”
A. Baring mengiring sambil kedua-dua kaki selari di atas lantai. Letakkan kedua belah tangan di belakang kepala untuk menyokong kedudukan.
Bersandar pada tangan kanan anda untuk keselesaan.
Setelah itu, mula angkat sebelah kaki anda ke atas dengan lurus dan tengang.
B. Lakukan pergerakkan kaki memutar mengikut arah putaran jam perlahan-lahan.
C. Kembali kepada posisi asal untuk mulakan semula. Lakukan sebanyak 20 kali.
10 kali untuk kaki sebelah kiri dan 10 kali untuk sebelah kanan.
#4 “Hot Potato”
A. Baring mengiring ke kanan sambil kaki dilunjurkan di atas lantai. Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala untuk menyokong posisi. Bersandar pada tangan kanan anda untuk keselesaan.
Angkat kaki anda perlahan-lahan ke atas menghadap siling dan turunkan kaki anda sambil silangkannya di atas kaki kiri seperti di dalam gambar.
B. Lakukan pergerakkan kaki turun dan naik sebanyak 6 kali berturut-turut tanpa henti secara perlahan.
Setelah itu, lakukan lagi sebanyak 6 kali tetapi turunkan kaki anda ke bahagian belakang pula, seperti yang dilihat di dalam gambar. Lakukan sebanyak 24 kali. (12 kali untuk setiap sisi)
***6 kali turunkan kaki ke hadapan dan 6 kali turunkan kaki ke belakang.
Selamat mencuba!