Pernah tak bila bangun pagi, badan secara tiba-tiba rasa kejang, sakit otot atau tidak selesa?
Kalau pernah alami simptom di atas, inilah masanya untuk kamu beralih dan sertai kelas Pilates. Bagi yang tidak tahu, Pilates adalah sejenis senaman yang memberi fleksibiliti kepada postur dan kekuatan teras badan.
Jika kamu memerlukan cadangan kelas pilates untuk dihadiri, DIVA syorkan lima studio terbaik ini di sekitar Kuala Lumpur.
Pilatique
Studio yang serba lengkap dengan reformer, ladder barrels, pembetul tulang belakang dan bola yang sesuai untuk sesi senaman Pilates.
Pilatique terkenal dalam senaman STOTT Pilates kotemporari yang membantu galakkan otot yang lebih ramping serta mobiliti dan kekuatan teras.
Urban Spring
Di kelas Urban Spring pula, kamu boleh jalani senaman Pilates secara tikar dan peralatan, Hot Pilates dan Xtend Barre.
Yang menarik tentang Hot Pilates, kamu akan jalani senaman di bawah suhu 38° sehingga 40°. Di sini kamu boleh panaskan badan sambil menyingkirkan toksin dalam badan dengan berpeluh.
bAlign Pilates
Salah satu kelas Pilates yang pertama di Kuala Lumpur, bAlign Pilates menyediakan perkhidmatan senaman secara peribadi, duet atau secara berkumpulan.
Studio ini dilengkapi dengan unit menara takal Gyrotonic, CoreAligh dan Oov yang direka untuk tingkatkan kekuatan teras dan galakkan kesihatan tulang belakang.
Zenith Pilates
Terletak di Mont Kiara, Zenith Pilates menawarkan sesi peribadi, duet atau secara berkumpulan. Di sini kamu boleh memilih untuk bersenam di kawasan berhawa dingin atau di kawasan terbuka.
Selain daripada Pilates, kamu juga boleh nikmati beberapa perkhidmatan lain seperti urutan pemulihan dan fisioterapi.
The Flow Studio
Di studio ini, kelas Pilates terbahagi pada dua jenis iaitu gaya tikar dan reformer. Tujuannya adalah untuk fokuskan pada pelbagai jenis pergerakan badan yang menggalakan kekuatan fizikal dan mobiliti.
Jika nak lakukan daripada rumah, kamu boleh ikuti kelas gaya tikar secara langsung.
Selamat mencuba!