Dengan adanya ciptaan penggulung elektrik untuk mendapatkan rambut kerinting secara ringkas adalah sangat memudahkan. Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis berombak, hasil kerinting malahan akan nampak lebih cantik.
Tetapi, apa yang menjadi masalahnya disini adalah, mengerinting rambut menggunakan alatan elektrik sebegitu akan mengambil masa yang lama untuk dilakukan, lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai rambut tebal. Betul tak?
Di sini, Wanista ingin kongsikan beberapa helah dan tips untuk anda mendapatkan rambut kerinting tanpa perlu menggunakan sebarang alatan elektrik.
Guna Cekak Getah
Apa yang anda perlu buat adalah, panaskan cekak rambut getah itu selama 30 saat di dalam ketuhar gelombang mikro. Setelah itu, basahkan sedikit rambut anda (renjis air), pakai cekak berkenaan diatas kepala dan mula selitkan gulungan rambut pada lilitan cekak berkenaan.
Mulakan rambut pada bahagian tepi dahi. Bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil, gulungan bahagian berkenaan, selitkan sehingga ia rapi dan ketat pada cekak. Setelah itu, ambil lebihan rambut tadi dan gabungkan pula dengan bahagian kecil rambut yang baru, selitkan sama seperti tadi, pastikan ketat dan kemas. Lakukan langkah yang sama sehingga semua rambut anda siap digulung. Biarkan ia selama 30 minit atau anda juga boleh biarkan ia semalaman. Apabila anda bangun pagi keesokkannya, anda pasti berpuas hati dengan hasil dandanan itu.
Gulung Rambut Basah Dengan Jari
Ya, tak payah susah-susah dedahkan rambut pada suhu panas yang mungkin merosakkan rambut. Basahkan rambut anda dengan air, bahagikan kepada beberapa bahagian, dan gulungkan sahaja dengan jari anda (pastikan gulungan rapi dan ketat). Biarkan ia kering dengan udara sebentar. Setelah kering, guna jari anda sekali lagi untuk menyikat lembut permukaan rambut. Tadaaa! Sepertinya anda baru sahaja keluar dari Saloon!
Gunakan Penggulung Dawai Bergetah Semalaman
Mula-mula, bersihkan segala minyak dan kotoran yang ada pada rambut anda menggunakan syampu kering –Baca Artikel Wanista: DIY Syampu Kering. Jika anda tidak mahu, anda boleh tinggalkan langkah yang ini.
Ambil penggulung dawai berkenaan dan mula menggulung. Pastikan gulungan betul-betul ketat dan bengkokkan kedua penghujung dawai agar gulungan rambut tidak terbuka dengan mudah.
Okay, anda boleh tidur dan lihat hasil rambut kerinting hebat pada keesokkan pagi!
Gunakan Bobby-Pin
Sesuai buat mereka yang mempunyai rambut yang agak nipis. Gulungkan rambut anda pada bahagian-bahagian kecil dan sematkan pin rambut atau bobby-pin secara bersilang agar ianya rapi dan gulungan berkenaan terletak. Gunakan dua bobby-pin untuk setiap gulungan.
Gunakan Stokin Lama
Cari semula stokin atau sarung kaki anda yang bersih dan tidak mahu digunakan lagi. Potong bagaian jari stokin berkenaan dan gulungkan sehingga menjadi bentuk donut.
Setelah itu, tarik kesemua rambut anda seperti didalam gambar, gulung rambut anda di bahagian luar keliling donut, lalu selitkan ia melalui lubang tengah donut stokin. Ulang sehingga rambut anda habis digulungkan.
Gulung Rambut Anda Kecil-Kecil Untuk Tekstur Rambut Kerinting Semula Jadi
Gulung rambut anda kecil-kecil seperti di dalam gambar, jika anda mahu kerinting yang agak besar, anda boleh gulungkan bahagian rambut yang besar sedikit. Gulung sehingga ke kulit kepala, lalu ambil pin rambut untuk menahan gulungan berkenaan agar tidak terbuka.
Semasa anda hendak pin, pastikan anda menggunakan dua pin yang bersilang di antara satu dengan yang lain. Dengan itu ia dapat mematikan gulungan berkenaan.
Pagi keesokannya, guna jari untuk memisahkan gulungan. Jangan guna sikat kerana ia akan merosakkan tekstur kerinting rambut anda.
Guna Kertas Atau Tisu Untuk Menggulung
Basuh dan sikat rambut anda sehingga rapi. Potongkan kertas kepada beberapa bahagian memanjang.
Ambil sebahagian kecil rambut, gulungkan rambut pada kertas berkenaan sebelum anda memintal kertas berkenaan seperti ‘ikat mati’ -tidur semalaman dengan gulungan. Hasilnya! Sungguh mengujakan.
Rambut Ombak Pantai Tanpa Haba
Rujuk pada rajah panduan. Basahkan sedikit rambut anda, bahagikan rambut kepada dua bahagian di kiri dan kanan. Gulungkna kedua-dua bahagian itu sehingga ketat dan smpai ke hujung rambut. Tarik gulungan itu keatas kepala, pinkan pada arah yang bertentangan.
Setelah kering, lepaskan gulungan, dan lihat hasilnya! Sikat guna jari je okay?
Selamat mencuba!