Penghidap masalah pundi terlalu aktif (OAB) kini boleh menarik nafas lega dengan pelancaran Betmiga®, rawatan sekali sehari daripada Astellas untuk menangani masalah terlalu kerap buang air kecil.
Betmiga®, kelas terapi baru untuk merawat OAB1 berfungsi dengan cara berbeza daripada rawatan biasa yang sedia ada iaitu terapi antimuskarinik. Ubat antimuskarinik adalah satu-satunya kelas rawatan oral lain yang menyekat pengecutan pundi kencing di luar kawalan dengan menghalang reseptor muskarinik di dalam pundi.
Kajian mendapati bahawa kira-kira separuh daripada pesakit menghentikan rawatan OAB dengan terapi antimuksarinik selepas hanya tiga bulan atas sebab kurangnya keberkesanan atau tidak tahan dengan kesan sampingan yang dialami. Mulut kering merupakan salah satu daripada kesan sampingan antimuskarinik yang paling umum dan mengganggu pesakit, lantas menyebabkan ubat ini dihentikan.
Kini, dengan pelancaran Betmiga®, pesakit mempunyai pilihan rawatan oral alternatif, yang memberikan keseimbangan antara keberkesanan dan toleransi rawatan kepada pesakit.
Berbeza daripada terapi antimuskarinik, ubat ini merangsang reseptor β3 dalam otot pundi kencing, menyebabkan otot mengendur.
Ini menambah muatan simpanan pundi tanpa mengganggu pembuangan air kecil, membolehkan pesakit yang mengalami pundi terlalu aktif untuk kurang mengunjungi tandas dan kurang membuang air kecil di luar kawalan (inkontinens).
“Terdapatnya suatu keperluan untuk rawatan yang berkesan dan ringkas bagi penghidap OAB untuk memperbaiki keadaan mereka. Sudah hampir 30 tahun sejak pilihan rawatan oral baru tersedia untuk penghidap OAB, justeru kami mengalu-alukan ubat yang mujarab tanpa gangguan kesan sampingan tidak diingini yang dialami sebagai mana dengan terapi antimuskarinik,” tambah Dato’ Profesor Dr. Tan Hui Meng, Pakar Runding Urologi, Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya.
“Betmiga® telah dihasilkan dengan mengambil kira keperluan pesakit dan kami berbangga untuk menawarkan ubat ini kepada penghidap OAB di Malaysia, yang mana kehidupan mereka terus terjejas. Menerusi kaedah tindakan inovatif, Betmiga® kini menetapkan piawaian baru dalam rawatan OAB, malah keseimbangan antara keberkesanan dan toleransi terhadapnya akan menambah baik rawatan OAB pada masa depan,” rumus Mr. Hamaguchi Hiroshi, Pengarah Urusan, Astellas Pharma Singapore Pte. Ltd.
Betmiga® diedarkan oleh Penyedia Perkhidmatan Peluasan Pasaran, DKSH Malaysia Sdn Bhd dan boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh Malaysia.