Cuti akhir tahun persekolahan bakal menjelma tidak lama lagi, andai kata anda berniat untuk merancang suatu percutian bersama keluarga, disini, Trafalgar yang merupakan sebuah syarikat perunding pelancongan telah berjaya membawakan nikmat dan pengalaman percutian lebih dari 230 destinasi di seluruh dunia termasuk Asia, Amerika Selatan, Australia, New Zealand, dan Eropah kepada kaki travel sekalian.
Untuk pengetahuan anda semua, baru-baru ini, laman web perunding pelancongan berkenaan telah diiktiraf sebagai salah satu agensi perunding pelancongan yang dianggap sebagai ‘the best’ dan menerima hampir 95% jumlah markah penilaian kepuasan pengguna disamping berjaya merangkul anugerah emas (Gold Trusted Merchant Award) daripada portal penilaian bebas Feefo. Hebat!
Ternyata Trafalgar sentiasa mahu menyediakan servis perkhidmatan terbaik dalam menjanjikan pengalaman melancong yang tiada tolok bandingan untuk para pelanggan yang berpotensi seterusnya menjadi antara peneraju syarikat perunding pelancongan yang utama dan dikenali seantero dunia.
Oleh yang demikian, kehendak dan kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan pihak Trafalgar. Pihak Trafalgar Asia kini sedang ligat mempromosikan destinasi percutian ke Eropah merangkumi 120 tempat menarik untuk dilawati merujuk kepada jadual perjalanan bagi tahun 2016 yang baru dipamerkan kepada umum.
Buat mereka yang telah lama menyimpan hasrat untuk menjejakan kaki ke bumi Greek Purba yang kaya dengan sejarah dan budaya menarik itu, apa yang anda tunggu lagi?! Sila cepat dapatkan khidmat perancangan pelancongan daripada Trafalgar! Anda pasti berpuas hati dan gembira dengan layanan dan idea perancangan yang dicadangkan oleh pihak mereka.
Untuk maklumat lanjut berkenaan servis khidmat perancangan percutian oleh Trafalgar serta tempahan destinasi pelancongan idaman anda, sila layari www.trafalgar.com. Selain itu, anda juga bisa melihat dan menilai ulasan oleh para pengguna/pelanggan yang pernah menggunakan khidmat daripada Trafalgar sendiri!
Apa sahaja demi kepuasan anda, Trafalgar sentiasa ada untuk berkhidmat.
“Because Trafalgar is simply the best!”