Untuk makluman anda, rakyat di negeri ini bakal menikmati kemudahan Wifi secara lebih meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknolgi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat hari ini (22 September), sebanyak 800 lokasi hotspot Wifi Selangorku disediakan.
“Jumlah itu menjadikan sebanyak 920 lokasi penghujung Oktober 2015. Baki tambahan sebanyak 1,580 hotspot dijangka akan siap dipasang pada akhir tahun 2015 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,500 hotspot,” katanya kepada pemberita.
Nik Nazmi berkata pemilihan lokasi hotspot dilakukan berdasarkan kepada sasaran pengguna iaitu pelajar, golongan berpendapatan rendah, kawasan luar bandar dan kawasan pelancongan.
“Pengguna boleh mengenal pasti zon Wifi percuma ini berdasarkan papan tanda Wifi Selangorku atau apabila alat peranti yang mempunyai kebolehan Wifi dapat mengesan isyarat perkhidmatan ‘Wifi Selangorku’,” katanya.
Beliau berkata pengguna di lokasi Wifi hotspot akan merasai teknologi berbeza bergantung kepada teknologi sedia ada di zon terbabit.
“Bagi zon wifi menggunakan teknologi fiber optik, pengguna akan menikmati capaian kelajuan minima 1Mbps, kita jangka hujung tahun ini, kita akan menggunakan teknologi itu.
“Manakala zon Wifi menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subsriber Line (ADSL) dan teknologi 3G/LTE, pengguna berpeluang menikmati capaian maksima 1Mbps. Ianya bergantung kepada kesediaan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi dilokasi itu,” katanya.
Sekiranya berminat untuk memohon perkhidmatan Wifi Selangorku dilokasi tertentu, boleh menghubungi pihak MBI atau bahagian Teknologi Maklumat untuk proses penilaian selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2015.
Untuk sebarang makluman, boleh semak di Twitter Wifi Selangorku.
[SUMBER]