Rasanya baru hujung bulan lepas pasangan ini mengadakan majlis ‘baby shower’ sebagai sambutan menyambut kehadiran orang baru itu ke dalam keluarga mereka.
Cepat masa berlalu, tahniah diucapkan buat pasangan selebriti romantis Lisa Surihani dan suami Yusry. Lisa telah selamat melahirkan puteri sulung mereka pada 15 September 2015 lalu, tepat jam 11.44 malam.
Berita itu telah dikongsi menerusi akaun Instagram rasmi Hlive.
Kegembiraan ini bukan sahaja dikongsi oleh pasangan tersebut, malah seluruh peminat mereka yang sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan baik-baik sahaja. Tambahan pula, tarikh 15 hari bulan itu dikongsi bersama ayahnya kerana Yusry lahir pada 15 Jun 1973.
Semoga kehadiran cahaya mata sulung ini dapat memberi sinar baru yang lebih bermakna dalam hidup Lisa dan Yusry sekeluarga. Tahniah!
NOTA: Mesti comel anak Lisa dan Yusry. Tak sabar nak lihat!