Berikutan peristiwa pengeboman kota Bangkok yang berlaku pada 17 Ogos 2015, AirAsiaGo telah melancarkan kempen Solidariti Untuk Bangkok dalam usaha membantu menaikkan semula sektor pelancongan di Bangkok menerusi pemberian tawaran dan diskaun hebat.
Pengurus Besar AirAsiaGo, Darren Goh berkata, “Ketika Bangkok sedang diuji, kita juga melihat pelbagai berita buruk berlaku di seluruh dunia. Untuk itu, penting agar kita bersatu menunjukkan perpaduan menerusi bantuan dan sokongan. Bangkok perlu tahu, mereka tidak keseorangan.”
Kempen tersebut telah bermula dan akan berakhir 17 September ini, mengajak pelancong menunjukkan solidariti mereka untuk Tanah Seribu Senyuman ini dengan menempah percutian ke Bangkok. Setiap tempahan dijanjikan jaminan 50% diskaun untuk tempahan hotel. Semua tempahan sah untuk tempoh percutian bermula sekarang hingga 30 November 2015.
Sebagai jiran, kita perlu memberi sokongan selagi termampu dalam mempromosikan pelancongan di negara serantau. Sebab itulah AirAsiaGo memulakan kempen solidariti yang menyatukan Malaysia, Singapura dan Australia,” tambah Goh lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.airasiago.com.my/