Ingin buat majlis tetapi terikat dengan bajet tertentu? Do It Yourself (DIY) boleh membantu dan merealisasikan impian anda dengan mengenakan bajet yang sangat rendah!
Kebiasaannya semasa majlis (kahwin, hari jadi, ulang tahun perkahwinan) mesti anda sebagai tuan rumah akan memberikan goodies bag kepada para tetamu yang hadir. Ini sebagai tanda penghargaan selain daripada menghidangkan makanan.
Pada hari ini, team Wanista ingin menunjukkan cara buat goodies bag yang mudah, murah dan comel ini! Goodies bag ini sesuai diberikan semasa majlis hari jadi, akikah dan majlis yang melibatkan kanak-kanak, kerana bentuknya seperti burung hantu.
Langkah pertama:
Sediakan bahan-bahan seperti:
- Pensil
- Marker pen warna hitam
- Gam
- Glue gun
- Kertas warna
- Kertas A4 putih
- Gunting
- Paperbag
- Dua bulatan (sederhana dan kecil) atau Mechanical pencil compass
- Dolly paper warna putih
Langkah kedua:
Lukiskan bulatan di atas kertas. Langkah ini untuk bahagian mata burung hantu ini.
Pilihan warna untuk membuat bahagian mata adalah terpulang kepada anda sendiri sebenarnya. Saya memilih warna ungu dan hijau kerana mengikut tema majlis hari jadi tersebut.
Untuk bahagian mata yang kecil sebelum anak mata, lukisan bulatan lebih kecil daripada yang sebelum ini.
Bagi bahagian anak mata pula, saya hanya menggunakan marker hitam untuk lukis bulatan tersebut.
Langkah ketiga:
Gunting bulatan yang baru sahaja dilukiskan. Hati-hati jangan tergunting ibu jari pula!
Langkah keempat:
Tangan dah lenguh kan? Rehat sebentar dan gamkan dolly paper ini pada paperbag.
Lepas dah cukup rehat, boleh sambung balik menggunting. Jangan lupa bahawa keselamatan dan kesihatan anda juga adalah perlu dijaga!
Langkah kelima:
Lekatkan bulatan tersebut pada paperbag dan tunggu ia kering.
Mesti anda tengah tersenyum sendiri lihat goodies bag yang hampir siap ini kan?
Oh, jangan lupa lukis anak mata pada beg burung hantu ni juga!
Langkah keenam:
Sebelum lakukan langkah keenam ini, jangan lupa letak barang-barang dalam goodies bag ini. Saya letak tiga barang seperti Apollo, Marshmallow dan juga Zess! (Bergantung kepada bajet dan idea)
Lepas sudah letak dengan rapi, lipat ia membentuk segi tiga dan gunakan glue gun untuk lekatkan. Glue gun sangat kukuh dan dapat mengelakkan barang-barang di dalam daripada terjatuh.
Langkah ketujuh:
Akhirnya dah boleh bagi kepada para tetamu yang hadir pada majlis hari tersebut. Jika ada yang kurang, lakukan touch-up di paperbag burung hantu ini.
Bagusnya DIY ini, anda boleh lakukannya bersama rakan mahupun ahli keluarga. Satu mata bonus dalam mengeratkan hubungan sesama manusia.
Cuba jangan tidak cuba!
Inspirasi untuk melakukan DIY ni dari sini.