Pertemuan julung kali antara pengamal seni dan pemimpin korporat tempatan dan antarabangsa, Borak Arts Series bakal berlangsung di Georgetown, Penang pada 29 hingga 30 Ogos ini.
Acara tahunan ini selalunya berlangsung di Kuala Lumpur. Tetapi, pada tahun ini, ia ditukar ke Georgetown Penang untuk menggalakkan penyertaan yang ‘global‘ dari segi seni dan budaya.
Forum ini memberi peluang kepada penggiat seni membentangkan pengetahuan baru dan pengalaman tentang seni dan persembahan.
Oleh kerana pada tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN, forum ini juga menggunakan tema ASEAN.
Pitchpad bakal memperkenalkan hampir 10 penyertaan ASEAN yang akan membentangkan idea-idea kepada 170 penggiat seni professional (pembentang, pengarah festival dan pengatur acara).
Pembentangan ini akan membuka jalan masuk baru kepada perserta kerana pelbagai peluang akan diberikan termasuk dana serta pendedahan atas projek yang dicadangkan.
Pembentang diberikan selama tujuh minit untuk membentangkan kerja mereka dan tiga minit semasa sesi soal jawab.
Antara pengarah festival dan pengatur acara yang kembali di Borak Arts Series ini termasuk:
OzAsia Festival, Adelaide Festival Centre – Joe Mitchell | Festival Director (Australia)
Georgetown Festival – Joe Sidek | Festival Director (Malaysia)
Kepada yang berminat, sila hantar ke email ke azirah@mypaa.com.my untuk mendapatkan borang permohonan atau layari www.mypaa.com.my/borakarts untuk muat turun yang terletak di bawah tab Pitchpad ASEAN.
Permohonan perlu dihantar sebelum 31 Julai 2015 pada 17:00 (UTC/GMT + 8 jam).
Calon yang sudah memohon akan mendapat balasan mengenai status permohonan sebelum 8 Ogos 2015.
Layari www.mypaaa.com.my/borakarts untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket ke persidangan ini!
Borak Arts Series merupakan persidangan seni serantau, kerjasama antara My Performing Arts Agency dan George Town Festival, serta Asia Centre. Borak Arts Series juga disokong oleh Goethe-Institut Malaysia, Institusi Australia-Malaysia MyCreative Ventures National Department of Culture and Arts, ASEAN, ASEF Culture360 dan Daily Seni Online.