Lindsay Lohan sebelum ini telah mencetuskan kekecohan dan pertanyaan dalam kalangan pengguna media sosial, apabila memuatnaik satu gambar potongan ayat Al-Quran dalam akaun Instagram miliknya.
Terkini, pelakon dan penyanyi terkenal yang sering menimbulkan masalah, Lindsay Lohan dilihat memegang senaskah Al-Quran ketika berjalan di Brooklyn, New York. Perilaku artis tersebut menimbulkan tanda tanya orang ramai dan juga media sama ada dia kini ingin mendalami agama Islam.
Lindsay Lohan yang memang terkenal dengan sikapnya yang bermasalah dibesarkan dalam agama katolik itu mula menceburkan diri di dalam bidang lakonan sejak kanak-kanak lagi. Keadaan keluarganya yang kurang stabil menyebabkan dia berubah menjadi gadis liar. – Siakapkeli.my