IME Productions dengan bangganya mengumumkan BIGBANG 2015 World Tour [MADE] di Malaysia pada 25 Julai (Sabtu), 6 petang di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil.
Disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, populariti kumpulan itu dijangka menarik sejumlah besar peminat tempatan dan antarabangsa!
Oleh itu, IME Productions, penganjur BIGBANG 2015 World Tour [MADE] di Malaysia akan memulakan pelancaran tiket pada 17 Mei (Ahad) di Quill City Mall pada jam 11 pagi hingga 5 petang. Setiap orang boleh membeli maksimum 8 tiket di mana-mana kategori tiket. Jualan dalam talian akan bermula pada hari yang sama pada jam 5 petang melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my.
TicketCharge dan IME tiket hotline akan bermula pada 18 Mei (Isnin) jam 10 pagi, sila hubungi TicketCharge Hotline 603 92228811 atau IME Productions 603 21666166 untuk membeli tiket. Jualan outlet juga akan bermula pada hari yang sama di pejabat TicketCharge, pejabat IME Productions, Kedai Muzik Speedy, kedai muzik Rock Corner, Victoria Music Center dan Neway Karaoke.
Harga tiket untuk BIGBANG 2015 World Tour [MADE] di Malaysia seperti di bawah:
- Rock Zone A – RM798 (Free standing)
- Rock Zone B – RM698 (Free standing)
- VVIP Cat 1 – RM698 (Numbered seat)
- Cat 2 – RM598 (Numbered seat)
- Cat 3 – RM498 (Numbered seat)
- Cat 4 – RM288 (Numbered seat)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat Facebook IME Productions dan Facebook BIGBANG.