Iris Apfel adalah stail ikon legenda yang kini berusia 93 tahun, dan masih kekal menjadi sumber penggemar dan pengkritik fesyen sedunia. Iris yang tinggal di New York selama lebih puluhan tahun itu menjadi subjek untuk filem dokumentari fesyen terbaru “Iris.”
Menarik mengenai Iris yang masih mengekalkan gaya busana yang aneh dan ekstravanga. Dengan signature style kaca mata bulat bersaiz besar dan tebal, Iris lebih kepada memberi tumpuan terhadap aksesori, kiranya wanita ini langsung tidak pernah tampil minimalis. Di usianya yang sudah lanjut, Iris yang bekerja sebagai ahli perniagaan, pereka dalaman, pensyarah tamu dan stail ikon ini tetap menghadirkan diri ke pelbagai acara fesyen.
Selain sibuk dengan kerjayanya di University of Texas sebagai seorang pensyarah, Iris juga terlibat dalam beberapa projek seperti Iris Apfel koleksi mekap bersama MAC, kacamata Eye-Bobs, Home Shopping, dan Yoox. Malah, mengeluarkan jenama beg tangannya Extinctions. Juga muncul bersama supermodel Karlie Kloss untuk kempen Kate Spade.
Bercakap mengenai Extinctions, Iris mendedahkan, “I’m a color person. Sukakan tas berukuran besar. Kacamataku sangat besar sehingga tidak muat disimpan dalam tas kecil.”