Jika anda pengikut tegar drama Korea, pasti anda tahu setiap babak mesti ada scene pelakon minum di beberapa kafe ataupun pelakon bekerja di kafe tersebut. Ada di antaranya telah dibuka di Malaysia, sebagai contoh Caffe Benne, Dal. Komm Coffee, dan juga Tous les Jours. Oleh kerana budaya kopi yang semakin meningkat di Malaysia, kafe Korea kini mula meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Walaubagaimanapun, alangkah seronok jika beberapa kafe dalam drama Korea ini dibuka cawangannya di Malaysia. Yang mana 1 pilihan anda?
1. Droptop
Seperti anda tahu kafe ini boleh dikatakan a must cafe untuk lokasi pengambaraan. Anda boleh lihat Droptop dalam drama Pretty Man, Tomorrow’s Cantabile dan banyak lagi. Lihat sahaja hidangan kopi yang disediakan, kami yakin ianya pasti sangat sedap. Dan paling syok kalau ada dekat Malaysia, boleh feeling drama Korea.
2. Mango Six
Tahu akan kafe ini? Kafe ini terdapat dalam drama The Heirs. Penulis yakin anda pasti tergoda melihat minuman yang diminum oleh Kim Tan dan Young-do, Mango Smoothie yang memang nampak lazat berkrim. Boleh dikatakan kafe Mango Six di mana-mana sahaja dalam drama ini, kira mereka promo habis kafe ini.
3. A Twosome Place
Jika anda pengikut tegar drama Korea Master Sun, pasti anda dapat lihat bertapa popularnya kafe A Twosome Place. Malah, hantu dalam drama ini juga menyukai kopi ais kafe ini. Penulis yakin kopi aisnya sungguh sedap dan menyegarkan.
4. Hollys Coffee
Satu lagi kafe harus dibuka di Malaysia ialah Hollys Cafe. Hollys Cafe merupakan lokasi pengambaraan drama Rooftop Prince. Plus, mug Hollys Cafe pun nampak cute.
Di antara semua, yang mana paling anda teringin nak rasa? Penulis sukakan Mango Six, serius nampak sedap.