Selepas kejayaan filem Maleficent, Disney mengorak langkah dengan filem Cinderella pula yang katanya bakal ditayangkan awal tahun depan, 13 Mac 2015 sempena ulangtahun ke-65 filem tersebut yang mula ditayangkan pada 15 Februari 1950.
Siapa yang memegang watak Cinderella? Kali ini, Lily James ( popular dengan siri Downtown Abbey ) akan melakonkan watak Cinderella atau nama samarannya Ella, iaitu seorang wanita yang didera ibu tiri dan kakak-kakak tirinya. Filem adaptasi kisah dongeng popular ini diarahkan oleh Kenneth Branagh dan para pelakonnya pula bukan calang-calang. Cate Blanchett melakonkan watak sebagai ibu tiri Cinderella dan Helena Bonham Carter pula sebagai pari-pari yang baik hati.
Di dalam filem adaptasi terkini Cinderella ini, kita akan dapat melihat yang Cinderella bakal berjumpa putera raja di dalam kawasan hutan, dan bukannya di istana. Tak mahu cerita panjang, lihat saya trailer filem terbaru Cinderella ini!