Wahai semua warga Johor, tempat anda kena tempias ke tidak? Laporan Astro Awani, 10 jalan utama di Johor Bahru akan ditutup kepada lalu lintas bersempena Majlis Istiadat Persandingan Mempelai Diraja Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Cik Khaleeda Bustaman di Istana Besar Sabtu ini.
Jalan yang akan ditutup bermula pukul 5 petang sehingga tengah malam itu ialah:-
- Persimpangan Jalan Tun Razak-Pantai Lido
- susur Jalan Tun Razak-Pantai Lido
- Lebuh Raya Pantai-Pantai Lido
- lampu isyarat Country Garden
- lampu Isyarat Hotel M-Suites
- Jalan Thompson-Jalan Skudai Pantai Lido
- Jalan Abu Bakar-Jalan Skudai Pantai Lido
- Jalan Gertak Merah-Jalan Skudai Pantai Lido
- Persimpangan Tun Sri Lanang (Bangunan Lot1)- Lampu Isyarat Gertak Merah
- Jalan Molek-Lampu Isyarat Jalan Gertak Merah.
Sementara itu, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif ke pusat bandar raya iaitu Jalan Kolam Ayer, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Lingkaran Dalam/Susur Jalan Mahmoodiah, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gertak Merah-Pusingan U ke Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Datin Halimah.
“Mereka yang hendak pergi ke Hospital Sultanah Aminah diminta menggunakan Jalan Mahmoodiah manakala Bazar Karat yang diadakan di Jalan Wong Ah Fook juga akan ditutup pada hari itu,” katanya lagi.