Masa yang paling sesuai untuk mendidik kanak-kanak tentang kesihatan gigi adalah ketika mereka mencapai usia 3 tahun. Pada peringkat umur inilah kanak-kanak mula belajar dan meneroka perkara baharu termasuk memberus gigi buat kali pertama.
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012, masalah gingivitis dan karies gigi melibatkan 60-90% kanak-kanak di seluruh dunia. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah gigi ini. Antaranya termasuk amalan kebersihan gigi yang kurang baik, pengambilan makanan manis yang berlebihan seperti gula-gula, coklat dan kek serta penggunaan fluorida yang tidak mencukupi.
Oleh itu kanak-kanak perlu diajar tentang penjagaan kesihatan gigi yang betul. Ini termasuk teknik memberus serta penggunaan ubat gigi yang bersesuaian sejak dari kecil lagi.
Baru-baru ini, Darlie telah meningkatkan rumusan rangkaian ubat gigi kanak-kanak Bunny Kids dengan lebih 80% kandungan ubat gigi disahkan gred makanan kerana kanak-kanak lebih cenderung menelan ubat gigi mereka. Selain itu, rumusan baharu Darlie Bunny Kids yang dipertingkatkan turut memiliki faedah berikut:
- Mengandungi kalsium untuk membantu menguatkan gigi
- Mengandungi fluorida untuk melawan kaviti
- Mempunyai tahap busa yang rendah untuk pembersihan lembut tanpa kerengsaan
- Tidak mengandungi gula tambahan
Anak anda hanya perlu menggunakan amaun ubat gigi Darlie Bunny Kids bersaiz kacang pea untuk mengekalkan gigi yang sihat dan kuat. Memberus gigi dua kali sehari juga penting untuk mencegah kaviti. Gunalah berus gigi Darlie Cutie Bunny dengan hujung berus tirus 0.01mm yang lembut pada gusi kanak-kanak untuk pembersihan yang berkesan.
Darlie Bunny Kids mempunyai empat perisa iaitu Strawberi, Oren, Epal dan Kola. Pek baharu akan dijual di semua farmasi dan pasar raya di seluruh negara mulai Oktober 2014 pada harga RM2.80 (40g). Ia juga terdapat dalam Pek Nilai pada harga RM4.30 untuk dua pek tiub 40g (perisa Strawberi sahaja).