Sebelum ini kami pernah menulis artikel keunikan hotel paip pembentung yang terletak di Sg. Lembing, Pahang. Mengikuti konsep hotel yang unik dan kreatif, Container Hotel yang terletak di Jalan Delima, Kuala Lumpur ini boleh dikatakan cukup menarik dan ternyata ianya suatu kelainan kerana terletak di tengah-tengah kotaraya KL. Dan penulis pasti ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan hotel yang cukup unik ini.
Idea Container Hotel telah diilhamkan dengan konsep “Kyosho Jutaku” – iaitu dengan membina sebuah rumah yang padat dan menarik hanya menggunakan ruang yang sangat kecil. Dengan konsep ini, mereka terus diperbadankan idea-idea ciri hijau yang menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan reka bentuk seni bina untuk membangunkan Container Hotel.
Container Hotel adalah hotel mesra alam yang menekankan hijau, kelestarian, dan menggalakkan reka bentuk seni. Menyediakan kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan yang berdaya saing untuk membolehkan tetamu menikmati penginapan yang terbaik. Container Hotel ini mempunyai deretan bekas container 6.1m, disusun atas satu sama lain. Hotel ini mempunyai 465 meter pesergi (5,000 kaki persegi) dengan ruang binaan 279 meter persegi (3,000 kaki persegi), didatangkan dalam tiga saiz – Outgoing, Adventure dan Conservative.
Outgoing Room – Bermula RM35 untuk semalam.
Adventure Room – Bermula RM110 semalam.
Conservative Room – Caj bermula daripada RM165 semalam.
Setiap bilik dilengkapi dengan air botol percuma dan akses WiFi. Malah, setiap bilik mempunyai kelengkapan hot/cold shower/bath dan juga alat penghawa dingin. Malah, di depan Container Hotel disediakan kemudahan Chatime Counter.
Berminat? Container Hotel terletak di Jalan Delima, bertentangan dengan Pusat Perubatan Prince Court. Info lanjut – official website.