Pernah terfikir sama ada pekerjaan anda sekarang, tempat kerja, suasana, rakan kerja malahan gaji anda sekarang berbaloi dan cukup menampung diri anda? Adakah kerja yang anda lakukan sekarang merupakan pilihan tepat? Adakah anda sedang bekerja di tempat yang betul? Anda sudah selesa dengan kerja anda? Anda tidak punya masalah dengan bos? Tiada masalah dengan rakan sekerja? Wanista senaraikan 7 tanda anda rasakan selesa malah bekerja di tempat yang betul.
1. Apabila Anda Bekerja Tanpa Rasa Sedang Bekerja
Tanda yang paling mudah dilihat adalah bagaimana anda boleh bekerja tanpa rasa bekerja. Semua terasa boleh di-handle, ada cabarannya tapi terasa sebagai sesuatu yang sangat menyenangkan dan menambah pengalaman. Tidak pernah sedikitpun anda rasa sia-sia melakukan kerja sekarang.
2. Anda Tak Menghitung Apa Yang Anda Hasilkan
Setiap kali anda menghasilkan sesuatu atau mengekalkan prestasi yang cemerlang, anda tak menghitungnya. Malahan anda terfikir untuk menghasilkan yang lebih baik lagi. Anda menikmati pengembaraan dan pengalaman dalam setiap pencapaian yang anda lakukan dalam pekerjaan anda.
3. Hubungan Antara Keluarga Dan Rakan Kerja Seimbang
Pekerjaan yang dilakukan sekarang sesuai dengan anda. Anda tidak menghadapi sebarang masalah di antara kehidupan peribadi dengan rakan sekerja, kiranya hubungan antara keluarga, tempat kerja dan rakan kerja seimbang.
4. Anda Punya Masa Untuk Love Life
Bila kerja terlalu lama mengongkong anda dalam kesibukan sampai anda merasa tidak punya waktu untuk love life, mungkin anda perlu menyusun semula masa yang anda miliki atau mencari pekerjaan yang tidak menganggu urusan peribadi anda, walau sibuk bagaimanapun perlu juga waktu peribadi yang langsung tiada kena mengena dengan kerja.
5. Anda Tidak Menyesal
Yang jelas sebuah pekerjaan yang menyenangkan dan sesuai dengan anda kerap kali membuatkan anda sentiasa bermotivasi. Ertinya, selama sekian lama anda bekerja, anda merasa mendapat sesuatu yang bermanfaat baik secara kemahiran, pengalaman mahupun kewangan.
6. Anda Merasakan Kepuasan
Satu hal yang penting, ada kepuasan dalam setiap pencapaian anda. Meskipun masih terus ingin memperbaiki diri namun anda merasa bahagia dengan apa yang sudah anda lakukan. Bahkan kadang-kala anda merasakan pekerjaan ini sebagai sesuatu yang boleh anda nikmati pada bila-bila masa mahupun ketika masa lapang.
7. Anda Ada Semangat Dan Idea Untuk Berkembang
Dalam kerja-kerja ini, apabila anda merasa punya semangat dan idea untuk berkembang terus, maka ertinya anda selesa dan menyukai bidang pekerjaan tersebut. Anda tahu bahawa setiap pekerjaan pasti ada risikonya, namun anda tidak penat untuk membangunkan diri dan menyumbangkan idea dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Apapun, Happy working and never give up on your dreams.