Usia mungkin sekadar nombor, namun ia sesuatu yang mula ketara di kawasan sekitar mata, terutamanya pada tiga titik kritikal di sekitar mata. Satu kajian pengguna yang dijalankan oleh SK-II baru-baru ini untuk merungkai faktor utama disebalik wajah kelihatan muda menunjukkan bahawa :
- 91% pengguna menggangap penampilan mata mereka menentukan usia sebenar mereka
- 93% pengguna bersetuju mata adalah anggota pertama yang menunjukkan tanda penuaan
- 90% merasakan mereka kelihatan lebih tua pada waktu petang ekoran keletihan dan kerosakan
Dalam misi untuk menentang tanda-tanda penuaan, SK-II menampilkan inovasi terbaru dalam rangkaian STEMPOWER – STEMPOWER Eye Cream baru. Ia menggabungkan teknologi STEMPOWER dengan PAL-VB Complex yang diformulasi khas, dan Ekstrak Lupine-Alfalfa untuk mencetuskan tindak balas berantai untuk kecantikan yang lebih ketara dan kelihatan muda di sekitar mata.
Kulit Di Sekitar Mata
Kulit di sekitar mata khususnya adalah sensitif terhadap kesan penuaan ekoran sifatnya yang nipis yang menyebabkan ia mudah kehilangan keanjalan dan kegebuan. Tanda-tanda penuaan adalah paling ketara pada tiga kawasan sekitar mata – di bawah mata, kelopak mata dan hujung mata. Daripada hasil kajian Akita SK-II, satu kajian industri pertama yang holistik dan telah mengambil masa selama 10 tahun, saintis SK-II mendapati setiap kawasan terkesan dengan penuaan dengan cara yang berbeza. Geleberan di bawah mata mula terbentuk sekitar usia 20an, kelopak mata mula berkedut ketika usia 30an, dan kedutan di hujung mata mula kelihatan sekitar usia 40an.
Tiga kawasan ini berkait rapat, dan penampilan pada setiap kawasan berperanan penting membentuk persepsi kulit yang kelihatan muda di sekitar mata dan bahagian yang lain.
Capai ketegangan kulit mata pada 3 titik dengan SK-II STEMPOWER Eye Cream
STEMPOWER Eye Cream menangani setiap permasalah pada kawasan tersebut dengan Stem-Acanax Eye Complex baru yang mengandungi tiga bahan berkuasa :
- STEMPOWER TRIO Active: Terdiri daripada kombinasi Concentrated PiteraTM, Stem Acanax dan Ekstrak Artichoke, ia meningkatkan kekenyalan kulit dan merangsang ketegangan radikal dan ketahanan dalaman.
- PAL-VB Complex: Bahan yang diformulasikan khas ini menggalakkan penghasilan struktur protein kulit yang penting untuk kekenyalan dan ketahanan kulit terhadap kedutan.
- Ekstrak Lupine-Alfalfa: Ia membantu mengelak geleberan kulit di bawah mata.
Selepas digunakan, STEMPOWER Eye Cream bertindak meratakan kedutan dan tekstur tidak sekata pada seluruh kawasan mata. Ia membantu melawan tanda kerosakan kulit akibat faktor luaran seperti sinar UV, kekeringan dan habuk, serta menjadikan mata kelihatan berseri sepanjang hari.
Mengukur perubahan pada 3 titik untuk kelihatan lebih muda
Sebagai cara untuk mengukur dan menjejak perubahan pada tiga kawasan terbabit, penyelidik SK-II telah mencipta Magic Ring Eye Tool, satu alat pengukur spesifik yang melengkapkan ujian Magic Ring SK-II yang sedia ada. Lawati mana-mana kaunter SK-II di Malaysia untuk mendapatkan rundingan percuma dengan Magic Ring Eye Tool (terdapat mulai hujung Jun 2014).
Harga dan Pasaran
SK-II STEMPOWER Eye Cream boleh didapati di kaunter SK-II di Malaysia mulai 15 Ogos 2014.
SK-II STEMPOWER Eye Cream (15g) RM367