Pejam celik pejam celik, hanya tinggal tiga minggu saja lagi untuk kita semua memeriahkan sejarah bazaar terbesar di Malaysia, Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang menghimpunkan lebih 1000 vendor termasuk lebih 50 selebriti terkenal.
Bayangkan betapa meriahkan bazaar anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang ini? Sekarang pun kita dapat lihat billboard besar Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang telah dipasang di sekitar Serdang.
Anda Mesti Hadiri Mega Bazaar 2014
Kenapa kita perlu pergi? Kerana hanya di sini saja sepanjang dua hari kesemua vendor akan memberikan diskaun istimewa selain menawarkan pelbagai pakej jualan dengan hadiah istimewa kepada semua yang datang ‘bershopping’.
Ramai selebriti terkenal seperti Neelofa, Yana Samsudin, Adi Putra, Adira, Hanez Suraya, Eira Syazira, Ameer (Forteen), Kaka Azraff, Rosyam Nor, Sharol Shiro, Afdlin Shauki dan ramai lagi akan turut sama menemani anda semua untuk membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri di booth mereka. Inilah masa anda untuk melihat selebriti kesayangan anda menjual pelbagai barangan dari jenama mereka mahupun pelbagai pilihan untuk dijadikan persiapan raya kelak.
Pihak penganjur sendiri sudah pun mengaturkan pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir pada 21 dan 22 Jun depan. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan adalah pelbagai aktiviti menarik bagi mereka yang hadir seperti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk barangan elektrik dan pakej percutian, sesi minum petang eksklusif dengan selebriti terkenal dan macam-macam lagi. Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, hanya tinggal 50 booth saja yang masih kosong untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
Jangan tunggu lagi dan fikir panjang. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131 atau ikuti kami di laman instagram @ehehbazaar.