Memang cemburu bukan melihat wanita dengan rambut panjang mengurai , lebat dan menawan seperti selebriti Fouziah Ghous dan Rozita Che Wan. Namun bukan semua orang boleh sabar menunggu rambut panjang sehingga ke paras dada atau pinggang. Tambahan pula, sebenarnya memelihara mahkota wanita panjang mengurai dengan sihat memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi.
Realistiknya , mungkin tiada cara yang terbukti secara saintifik untuk membuatkan rambut panjang dengan lebih cepat. Pertumbuhan rambut bergantung kepada banyak faktor seperti cuaca, umur, pemakanan, gaya hidup dan kesihatan, namun terdapat beberapa cara yang dapat membantu.
Secara purata, rambut akan tumbuh sepanjang setengah inci sebulan, bermakna, anda boleh menjangkakan yang rambut anda akan bertambah sepanjang 6 inci setahun. Jadi untuk memastikan pertumbuhan ini tidak terganggu berdasarkan faktor yang dinyatakan di atas, anda boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cara berikut.
- Penjagaan rambut yang rapi dan teliti
- Elakkan daripada membasuh setiap hari
- Trim rambut dengan kerap
- Urutan kulit kepala
- Pemakanan yang sihat
Rambut terdiri daripada keratin, yang merupakan protein yang terdiri daripada asid amino. Dalam usaha untuk pertumbuhan rambut baru, badan anda perlu menghasilkan asid amino iaitu diet protein tinggi yang baik untuk rambut anda, jadi pastikan bahawa anda memasukkan bahan-bahan untuk diet anda seperti telur, daging dan juga produk tenusu seperti yogurt. Selain protein, ingat kecantikan yang mencerminkan apa yang anda makan, jadi pastikan untuk berpegang kepada diet yang sihat secara keseluruhan.
Satu lagi tabiat anda boleh amalkan untuk pertumbuhan rambut yang lebih cepat adalah penjagaan rambut yang betul. Ini termasuk meminimumkan rawatan kimia, rawatan haba, dan juga kekerapan mencuci rambut anda; aktiviti tersebut akan mengurangkan pati minyak semula jadi yang merangsang pertumbuhan, jadi adalah disyorkan untuk anda hanya mencuci rambut dua hingga tiga kali seminggu menggunakan air suam, kerana air panas mengeringkan rambut dan menjadikannya kering dan rapuh.
Mendandan rambut anda juga akan menjejaskan pertumbuhan rambut. Sebagai contoh, membuat ban, mengikat tocang ekor kuda, dan tocang braid kerana dandanan ini akan menyebabkan and menarik rambut dari akar dengan kasar. Ini akhirnya membawa kepada penipisan dan kerosakan. Jadi ikat rambut andasecara longgar dan balut ia semasa tidur. Mengurut rambut adalah juga cara yang baik untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut anda, kerana ia meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan nutrien penting kepada folikel rambut anda.
Trimming rambut pula akan membantu dalam masalah rambut gugur. Bahagian yang sering mengalami kerosakan adalah hujung rambut. Apabila hujung rambut rosak, masalah itu akan membawa kepada akar rambut yang lemah dan akhirnya menyebabkan keguguran rambut. Rambut baru juga akan sukar untuk tumbuh dengan kadar yang baik. Memotong bahagian hujung rambut akan menggalakkan pertumbuhan rambut memandangkan proses untuk memperbaiki rambut rosak berkurang. Tambahan lagi, rambut yang rosak tidak akan terus memanjang.
Selain 5 amalan ini, produk rambut seperti rawatan penyuburan rambut (Deep conditioning treatments), semburan perlindungan haba, supplement untuk pertumbuhan rambut, minyak semulajadi dan rawatan protein juga akan menyumbang kepada pertumbuhan rambut yang baik .