Mantan Perdana Menteri kita , Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah mengesahkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad.
Pengumuman rasmi tentang perkara ini dijangka akan dilakukan pada hari ini.
Perlantikan beliau secara tidak langsung akan menyaksikan perunduran pengerusi sebelumnya iaitu Tan Sri Mohd Khamil Jamil daripada jawatan tersebut.
Dr Mahathir, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Proton pada 1980-an dalam menerajui Malaysia ke arah perindustrian, juga akan dilantik sebagai pengerusi anak syarikat milik penuh Proton Lotus plc.
Dikenali sebagai Perusahaan Otomobil Nasional Berhad sebelum ini, Proton pada asalnya ditubuhkan oleh Tun sendiri untuk merangsang peralihan negara kepada perindustrian. Bersama dengan entiti perindustrian yang lain seperti Heavy Industries Corp Malaysia (Hicom) dan kemudian Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd dan Hicom-Honda, Proton mewakili polisi Malaysia dalam melaksanakn dasar penswastaan dan menjadi daya penggerak untuk menggerakkan ekonomi daripada pertanian ke pembuatan .
Dr. Mahathir juga turut berkata kepada media untuk menjadikan Proton syarikat yang berjaya selepas ini.
Sejak dijadikan syarikat persendirian, DRB-Hicom telah cuba untuk menangani slaid dengan memberi tumpuan kepada langkah-langkah transformasi radikal pengurusan Proton dan pelantikan Dr Mahathir dilihat sebagai satu pemberian kuasa semula. Perlantikan beliau juga adalah berdasarkan pengetahuan dan pengaruh beliau sendiri dalam industri dan kerajaan.
Sejak bersara pada tahun 2003 , bekas Perdana Menteri berusia 88 tahun ini merupakan penasihat kepada pembuat kereta nasional ini.
Sumber : The Malaysian Reserve & The Star Online