Sebenarnya kisah mengenai buku ini telah disebarkan di media sosial dua tahun lalu, walau bagaimanapun isu ini timbul kembali apabila pihak Astro Awani menyiarkan berita mengenai buku kanak-kanak yang dikatakan berunsurkan homoseksual keluaran syarikat penerbit buku Ladybug Publishing and Distribution yang didakwa menerbitkan dua buah buku cerita kanak-kanak yang mempunyai unsur-unsur hubungan homoseksual dan juga pedophilia terhadap kanak-kanak.
Buku berbahasa Inggeris yang berjudul ‘Alfie’s Home’ dan sebuah cerita pendek berjudul ‘Daddy’s Roomate’ yang ditulis oleh Micheal Wilholte itu dikesan oleh pembaca buku tersebut mempunyai unsur-unsur hubungan gay dan hubungan seksual dengan kanak-kanak.
Apabila kami meneliti gambar kandungan buku yang telah dimuat naik di internet, kami dapati jalan cerita buku kanak-kanak ini sangat pelik dan penggunaan bahasanya juga amat tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak. Apatah lagi tanpa pemantauan penjaga atau orang dewasa. Ia boleh mempengaruhi minda kanak-kanak yang memerlukan asuhan yang betul sedari kecil.