Sebelum anda menghabiskan wang anda untuk membeli pelbagai alat kecantikan wajah, mungkin anda boleh cuba menggunakan barang di dapur yang anda selalu gunakan. Sebenarnya terdapat banyak barangan harian yang boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mencantikkan wajah. Pernah tak anda terfikir untuk menggunakan sudu sebagai pengganti eyelashes curler anda?
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Hangatkan sudu teh atau sudu biasa anda dengan sedikit air suam ( kerana menggunakan sudu sejuk sudah tentu tidak membuatkan anda selesa ).
2. Tekan belakang sudu ke bahagian bulu mata anda dan tahan untuk beberapa saat.
3. Kemudian, letakkan maskara anda seperti biasa dan bulu mata anda sudah pasti melentik sepanjang hari!.
Tips bulu mata yang sihat : Apabila anda melentikkan bulu mata dan meletakkan maskara setiap hari, anda akan melemahkan struktur bulu mata anda, jadi cuba letakkan kelapa, minyak kastor atau minyak zaitun pada bulu mata anda dengan jari sebelum tidur setiap malam. Dengan cara ini, bulu mata anda secara semulajadi akan terhidrat, subur dan kuat.
Sekarang kami nak kongsikan video mengenai kegunaan sudu untuk kecantikan wajah anda, selamat mencuba!