Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang bakal muncul dalam filem baru bertajuk 3600 Detik. Filem yang diadaptasi novel karya Charon akan menampilkan bakat lakonan Shae sebaris pelakon terkenal seperti Wulan Guritno, Indra Birowo dan pelakon baru Maolyza yang lebih dikenali sebagai Oly.
Shae membawa watak sebagai Sandra, gadis yang ingin mempertahankan penceraian kedua orang tuanya dengan caranya yang tersendiri. Sikap keras kepala yang ada pada dirinya perlahan-lahan berubah saat dia mengenali jejaka yang bernama Leon.
3600 Detik akan menemui pasaran Indonesia terlebih dahulu dan bakal menemui penonton Indonesia pada 3 April 2014.
Tonton trailer di bawah.