Untuk siapa yang alami kebotakan di bahagian depan kepala, gaya ini perfect buat kamu!
Viral di Instagram, ahli kumpulan IVE; Jang Wonyoung memuat naik beberapa gambar babak solonya dalam video muzik ‘After Like’. Menerusi perkongsian gambar tersebut, ramai memuji dan tertarik dengan gaya rambut yang digayakan olehnya.
Menulis kapsyen “Say hello to my Tweety-Bang“, Wonyoung merujuk gaya rambutnya itu kepada rambut watak kartun ‘Tweety’. Memang comel dan sesuai dengannya.
- Foto – @for_everyoung10 (IG)
Untuk pengetahuan kamu, ‘Tweety-Bang’ adalah gaya potongan rambut yang menggunakan teknik Baby Hair Perm. Gaya rambut ini sangat popular dan sesuai untuk wanita yang mempunyai kepala botak di bahagian depan. Atau pun mereka yang memiliki permukaan dahi yang luas (atau jendul).
- Foto – @for_everyoung10 (IG)
Cara-caranya:
- Basahkan garis rambut dengan air dan bahagikan baby hair dengan jari, membentuk seperti bang atas permukaan dahi.
- Kemudian baby hair tersebut dikeringkan dengan pengering rambut; gunakan udara panas (3 saat) dan udara sejuk (3 sejuk).
- Selepas itu sapukan produk styling (sama ada semburan rambut, pomade atau gel) pada baby hair kamu.
- Akhir sekali, bentukkan rambut menjadi bang menggunakan sikat atau berus rambut. Dan tarik baby hair ke tepi wajah untuk membentuk seperti bingkai.
Gaya rambut ini juga akan membuatkan wajah kamu nampak lebih kecil dan muda tau!