Dunia fesyen baru-baru ini dikejutkan dengan kematian pereka fesyen ikonik Issey Miyake, di usianya 84 tahun.
Pereka fesyen Jepun Issey Miyake, yang terkenal dengan fesyen inovatif dan menghasilkan 100 baju turtleneck hitam untuk pengasas Apple, Steve Jobs, telah meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Tokyo.
- Foto – Getty
Kumpulan Issey Miyake mengeluarkan kenyataan ringkas tentang kerjanya berkata;
“Semangat dinamik Miyake didorong oleh rasa ingin tahu yang tidak henti-henti dan keinginan untuk menyampaikan kegembiraan melalui medium reka bentuk. Ia turut menyatakan bahawa, “mengikut kehendak Encik Miyake, tidak akan ada sebarang upacara pengebumian”.
Dipetik dari The Guardian, Issey Miyake cukup dikenali kerana mereka bentuk turtleneck kapas poliester ikonik milik Steve Jobs. Dipercayai beliau menghasilkan 100 rekaan dengan harga kurang daripada $200 setiap satu.
Direka bentuk untuk mengurangkan “keletihan membuat keputusan”, bersama-sama dengan Steve Jobs Levi’s 501 dan New Balance 991. Siapa sangka ia mencipta fenomena serta uniform Silicon Valley lewat 90-an, berdasarkan idea bahawa fikiran orang yang sibuk tertumpu pada perkara yang lebih penting daripada berfesyen.
- Foto – The Guardian
Dilahirkan di Hiroshima pada tahun 1938, Issey Miyake belajar reka bentuk grafik di Universiti Seni Tama di Tokyo. Tetapi dia beralih kepada fesyen dan berpindah ke Paris untuk menjadi perantis kepada Guy Laroche dan akhirnya bekerja untuk Hubert de Givenchy.