Berlepas ke Las Vegas untuk Anugerah Grammy 2022 dan konsert, penampilan BTS mencuri tumpuan lagi dan seperti biasa ARMY ligat trending di media sosial.
Semua miliki gaya tersendiri tapi Jin agak menarik dengan denim floral yang memberi statement pada penampilannya.
- Foto – Twitter
Cukup dikenali dengan fesyen yang ekstra, anak muda ini segak memakai set denim sulaman bunga untuk jaket dan seluar dari jenama hebat Louis Vuitton. Yang pasti cita rasa Jin dalam pakaian sangat menyegarkan.
Ditambah dengan visualnya, rambut yang panjang, kening on-point, leher jinjang serta bertubuh tegap membuatkan Jin menyerlah di hadapan orang ramai. Mata kita seakan aoutomatik tuju kepadanya.
- Foto – Louis Vuitton
Tak terikat untuk lelaki semata, wanita pun boleh mencuba gaya denim on denim seperti BTS Jin. Confirm anda jadi paling gempak sekali dan glamour!
Klik di sini kalau anda berminat nak mendapatkan koleksi ini.