“Rasanya akulah paling meletop malam ini, semuanya dari Anastasia Beverly Hills.”
Bersolek tanpa peraturan, bukan ke itu fun! Itu yang ditonjolkan pada koleksi Norvina Pro Pigment Palette Vol.6 dari Anastasia Beverly Hills yang baru dilancarkan ini.
Norvina Pro Pigment Palette Vol.6 untuk Wajah dan Badan, diilhamkan oleh penampilan solekan festival yang memukau untuk parti musim panas dan malam yang penuh adrenalin.
Tiada peraturan dikenakan untuk set palette berpigmen tinggi yang terdiri daripada warna matte hingga kilauan dimensi untuk membawa anda terus bermain dengan kemahiran solekan yang luar biasa.
- Foto – Anastasia Beverly Hills
Seperti semua inovasi Norvina, Pro Pigment Vol.6 dicipta tanpa paraben, gluten, phthalates dan sulfat untuk keselesaan maksimum, dan dirumus bebas kekejaman dan vegan. Mempunyai 25-pan palette yang versatile, setiap warna yang ceria dan memukau ini membolehkan anda mencipta kreativiti tersendiri.
Tips Genius Anastasia Beverly Hills
Bila palette ini berada di tangan, gunakan mengikut tips profesional dari Anastasia Beverly Hills ini;
- Guna shades A5, B2, B3, C3, D1, D4, D5, E2 sebagai blush
- Guna shades A2, A3, B1, C2, C4, D2, E1 sebagai highlighter
- Guna shades A4, A5, C5, E4, E4 untuk menambah kehangatan dan definisi pada contour
- Foto – Anastasia Beverly Hills
Norvina Pro Pigment Palette Vol. 6 boleh didapati secara eksklusif di www.sephora.my mulai 5 April 2022, dijual pada harga MYR 325.