Pembaharuan dari New Balance!
New Balance memperkenalkan Uni-ssentials, satu koleksi pakaian uniseks, serta edisi terkini XC-72 yang menampilkan tiga kombinasi warna, Spring Tide dan Eclipse; Black dan Calm Taupe, serta NB Burgundy dan Wheat Field.
Jom Pakai Koleksi Pakaian Uniseks
Uni-ssentials adalah pendekatan uniseks dan moden terhadap pakaian sukan kasual yang direka daripada ukuran bertindan saiz biasa lelaki dan wanita.
- Foto – New Balance
Ia melangkaui batasan silam dan buatan, dengan pendekatan rekaan yang peka dengan pensaizan uniseks.
Koleksi baharu Uni-ssentials New Balance menampilkan langkah baharu untuk New Balance dimana pakaian sukan kasual terus menjadi teras gaya moden. Pensaizan uniseks yang inovatif, direka daripada ukuran bertindan saiz biasa lelaki dan wanita, menawarkan pendekatan moden pada koleksi harian yang versatil.
- Foto – New Balance
Uni-ssentials telah dilancarkan di seluruh dunia menerusi laman www.newbalance.com.
Info lanjut, boleh rujuk Instagram dan Facebook New Balance.