Sejak berita kehamilannya diumumkan, memang jelas Rihanna sekali lagi akan setkan trend fesyen ibu hamil.
Tapi secara jujurnya memang ramai yang menanti-nantikan fesyennya kerana kita sudah boleh agak bagaimana seleranya dalam berfesyen, betul tak?
Jadi jom lihat lapan fesyen terbaik Rihanna yang buatkan DIVA MY teruja dan tergamam dengan ‘bakat’ ibu hamil ini!
Gaun Bottega Veneta Di Awal Kehamilan
Ketika menyambut status baharu Barbados sebagai sebuah republik yang telah merdeka, Rihanna telah memakai gaun body hugging berona jingga oleh Bottega Veneta yang menampilkan bentuk perutnya.
Balenciaga X Gucci Sebagai ‘Perisai’
Sebelum berita kehamilannya disahkan, Rihanna telah mengenakan oversized Balenciaga X Gucci puffer gilet. Tujuannya adalah untuk menutup bahagian perut dan mencetuskan kontroversi mengenai kehamilannya.
Kehangatan Di Malam Hari Dengan Miu Miu
Ketika keluar makan malam bersama teman lelakinya iaitu A$AP Rocky, Rihanna telah memilih untuk memakai oversized kot musim sejuk berwarna merah. Dia padankannya dengan jersi sukan Martin Rose, topi besbol, kasut tumit tinggi dan sarung tangan ski Miu Miu.
Jaket Martin Rose & Mini Skirt, Gabungan Yang Sangat Unik!
Beberapa hari sebelum berita kehamilan diumumkan, Rihanna telah mengenakan jaket sukan oversized daripada Martin Rose yang dipadankan dengan faux-fur lined mini skirt serta selendang bulu untuk menutup bahagian perutnya.
Cermin Mata ‘Matrix’, Pilihan Yang Tepat
“All black” – Memang nampak berbeza dan sangat stail apabila Rihanna mengenakan lace-up top berwarna hitam yang dipadankan dengan stirrup leggings serta cermin mata ‘Matrix’.
Gabungan Fendi, Jacqui Aiche & Banyak Lagi Untuk Gaya Baharu
Ketika makan malam di Santa Monica, Rihanna telah memakai seluar jeans potongan rendah daripada Vetements, sandal bertali Tom Ford, diamond bra daripada Jacqui Aiche, crop top daripada Fendi dan kot patchwork.
Liplap Dengan Pakaian Daripada The Attico
Kekal dengan gaya hamilnya, Rihanna telah menghiasi baby bumps milinkan dengan glimmering ensemble oleh The Attico yang terdiri daripada helaian labuci hijau dan ungu.
Sepadan Dengan Warna Merah Oleh Alaia & Celine
Yang terbaru ketika menghadiri acara Fenty di Los Angeles, Rihanna telah memakai warna sepadan dengan A$AP Rocky iaitu merah.
Dia telah memakai kot kulit bertopi yang direka khas oleh Alaia dengan celak merah. Manakala teman lelakinya telah memakai sut labuci daripada CELINE dan kasut berwarna merah.
Bagaimana kamu rasa, sangat unik fesyennya kan walaupun Rihanna sedang hamil?