Siapa sangka penyanyi dan rapper Amerika, Machine Gun Kelly (MGK) atau nama sebenarnya Colson Baker ini seorang yang romantik!
Baru-baru ini dia telah melamar kekasihnya iaitu Megan Fox di tempat pertama kali mereka meluahkan rasa cinta antara satu sama lain.
https://www.instagram.com/p/CYpcFruB2UB/
Yang lebih romantiknya, MGK telah menyarungkan sebentuk cincin yang menggabungkan berlian dan zamrud pada Megan. Cincin pertunangan itu dilaporkan telah direka khas oleh MGK untuk kekasihnya itu.
Dipetik daripada Vogue, MGK telah bekerjasama dengan tukang emas terkenal, Stephen Webster untuk menghasilkan cincin itu.
Kongsi Stephen, MGK mahukan sebentuk cincin yang memberikan makna pada mereka berdua. Hasilnya dia memilih dua batu yang menampilkan batu kelahirannya iaitu zamrud manakala batu kelahiran Megan adalah berlian.
“Mereka (batu) telah dijalin bersama dengan jalur berpintal berganda yang beri maksud ‘bersatu sebagai dua bahagian jiwa yang sama membentuk hati yang tidak jelas iaitu cinta kita'”, dedah Stephen.
Stephen telah mengubah dan mengolah semula dua cincin untuk menjadi satu. Dia telah menggunakan magnet yang tertanam dalam emas bagi menarik dua jenis cincin tersebut apabila dipakai.
Sangat cantik dan unik kan cincin Megan? Apa-apa pun tahniah kepada MGK dan Megan Fox atas berita pertunangan!