Kita tak dapat menyangkal animasi ‘Spirited Away’ merupakan animasi ikonik, dan kerana itu Loewe tampil dengan kolaborasi yang menggamit memori.
Rumah fesyen Sepanyol Loewe dan agensi animasi Jepun Studio Ghibli kembali lagi dengan kerjasama terbaharu mereka. Koleksi kapsul edisi terhad Loewe diilhamkan oleh Hayao Miyazaki ‘Spirited Away’ yang disifatkan oleh Pengarah Kreatif Loewe Jonathan Anderson sebagai, “sebuah pujian kepada kesetiaan, persahabatan dan kedegilan dalam menghadapi kesukaran. Ia ajaib.”
Beberapa reka bentuk koleksi ini menampilkan watak dari filem 2001, termasuk Chihiro Ogino, No-Face, Boh, dan banyak lagi. Mereka menghiasi fabrik beberapa dompet, hoodie dan baju Loewe. Anda juga boleh menemuinya pada beberapa signature jenama seperti beg Puzzle dan beg Heel.
https://www.instagram.com/p/CYj33U3oxHx/
Dalam pertukaran budaya ini, Loewe menggunakan kaedah jahitan daripada amalan Jepun juga. Pengarah Kreatif Loewe, Jonathan Anderson menjelaskan, “Kami juga memperkenalkan kepingan yang diilhamkan oleh teknik Jepun klasik yang dikenali sebagai ‘boro’ yang terdiri daripada serpihan yang telah dibaiki dan dicelup nila yang ditampal, menghasilkan tekstil Kasuri dan kanvas jacquard Anagram pada kedua-dua ready-to-wear dan beg.”
Dapatkan kesemua koleksi Loewe x Spirited Away bermula 7 Januari di loewe.com.