Memang comel ada muka bulat tetapi sangat susah kalau nak cari aksesori yang sesuai seperti anting-anting. Sangat tricky!
Kalau tersalah pilih, memang wajah akan nampak makin lebar dan membulatlah. Jangan risau okay, Wanista nak kongsikan beberapa jenis anting-anting yang sesuai untuk kamu si wajah bulat.
Drop Earring
Tak ada wanita yang tak mahu tampil elegan walaupun berwajah bulat, betul tak? Untuk lengkapkan penampilan kamu, cuba gayakan drop earring.
Anting-anting yang memanjang ke bawah ini secara tidak sengaja akan menjadikan wajah bulat kamu lebih tirus dalam sekelip mata.
Hoop Earring
Bagi mereka yang berwajah bulat, cuba elakkan hoop earring berbentuk bulat. Tapi pakai hoop earring berbentuk segi empat tepat (rectangle) atau berbentuk hati.
Fringe Earring
Selain itu, kamu juga boleh memakai fringe earring. Terdapat dalam banyak pilihan warna, anting-anting jenis ini akan buatkan penampilan kamu lebih menarik.
Dangle Earring
Kalau kamu nak tahu, dangle earring adalah anting-anting yang sangat sesuai untuk mereka yang bermuka bulat.
Bukan sahaja boleh sorokkan pipi bulat kamu, malah aksesori ini boleh beri penampilan yang lengkap pada kamu.
Threader Earring
Anting-anting jenis tergantung ini bukan sahaja berikan penampilan kamu lebih menawan dan matang. Malah ia juga berikan ilusi wajah bulat menjadi lebih kurus.
Apa yang penting adalah pilih anting-anting yang sesuai untuk sorok wajah dan pipi kamu yang bulat itu. Selamat beramal!