Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik dan membesarkan anak. Sama seperti pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn sering berkongsi cara mendidik anak-anak mereka.
Yang menarik perhatian Wanista adalah, anak-anak pasangan ini mampu bangun Subuh dengan sendiri tanpa disuruh. Jadi apakah tips pasangan ini?
Pukul 6:30 pagi anak akan bangun
Di Instagram, Ozlynn mendedahkan anak-anaknya akan bangun pada pukul 6:30 pagi setiap hari. Rutin mereka adalah solat Subuh dan membaca Al-Quran.
“Pukul 6:30 pagi, Haziq ketuk pintu bilik tanya mama dah bangun ke solat Subuh. Kita pun bagitau dah, pastu kita tanya dah solat, dah ngaji? Dia jawab dah mama. Tak sampai 2 minit, Abang Sodiq ketuk pula, mama dah bangun ke, kita tanya awat, dia jawab saja nak check. Kita pesan jangan lupa ngaji.”
Manakala di hujung minggu pula, mereka akan menolong membuat kerja rumah selepas membaca Al-Quran.
“6:50 pagi kita turun bawah tengok Abang Ariq dan Haziq tengah kemas rumah. Diorang agih-agih kerja rumah. Sodiq dah sapu luar rumah, susun selipar dan bagi kucing makan. Haziq tugas dia lap semua mejad dan almari supaya tak berhabuk. Okay la, Alhamdulillah. At least apa yang papa dia nasihat selama ini masuk otak walaupun kadang ke laut.”
Letak jam loceng jauh dari tempat tidur
Suaminya Ozlyn, Johan sering berpesan pada anak-anaknya supaya tidak meletakkan jam loceng berdekatan dengan tempat tidur.
“Dah ajar banyak kali, alarm jangan letak sebelah telinga, senang nak stopkan. Letak dekat pintu bilik, sah-sah kena bangun matikan. Baru tak tido balik.”
Dedahnya lagi trik ini sangat berkesan kerana anak-anaknya terpaksa bangun dari katil untuk menutup jam loceng tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan bangun untuk solat Subuh.
“Senang je nak tahu diorang bangun ke tidak, suruh diorang ketuk bilik kita setiap seorang. Bila sudah bangun mustahil tak solat, tak mengaji.”
Tambahnya lagi, jika mahu tahu anak-anak sudah bangun solat Subuh atau belum, minta mereka untuk ketuk pintu dan beritahu kamu. Dari situ barulah mereka akan mindset untuk bangun Subuh dengan sendiri selepas ini.
Nampak simple tetapi cara ini memang berkesan untuk digunakan bagi kebanyakan ibu bapa yang mahu anaknya bangun solat Subuh. Selamat mencuba!