Pejam celik pejam celik, tak sangka Ikea dah berusia 25 tahun.
Selama 25 tahun ini, gergasi kelengkapan rumah ini berpegang kepada visi untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik, dengan empat gedung di seluruh negara serta satu laman e-dagang yang berkembang pesat.
Diskaun Istimewa 25% Bagi Produk Terpilih
Bagi menghargai sokongan padu rakyat Malaysia selama ini, IKEA akan menawarkan diskaun istimewa 25% bagi produk terpilih bermula dari 16 hingga 27 September.
- Foto – Ikea
Di samping itu, 25% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada komuniti yang terkesan akibat wabak COVID-19, dan akan digunakan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak, serta membangkitkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dan menyantuni komuniti kurang berkemampuan.
Pertandingan Reka Bentuk ‘MY IKEA’ Raikan Warisan Tanah Air
Bagi menyemarakkan ulang tahun, IKEA bergandingan dengan pelukis-pelukis tempatan, Fritilldea dan Asyikin Abdullah bagi mengangkat keunikan warisan budaya Malaysia dan Sweden melalui warna dan kreativiti.
Satu pertandingan reka bentuk ‘MY IKEA’ seluruh negara akan diadakan bagi meraikan kekayaan dan keunikan warisan dewangga etnik dan budaya tanah air kita.
Jadikanlah karya Fritilldea dan Asyikin Abdullah sebagai inspirasi, dan cipta logo “MY IKEA” versi anda sendiri! Serlahkan kreativiti dan berpeluang memenangi kad hadiah berjumlah RM25,000. Seramai 100 pemenang akan dipilih untuk menerima kad hadiah IKEA yang bernilai RM250 setiap orang.
Peraduan akan berlangsung mulai sekarang hingga 27 September. Untuk maklumat lanjut tentang Ulang Tahun Ke-25 IKEA, layari www.IKEA.my/ulangtahun25.