Kamu temui sepasang yang cantik dan berkenan, cuba pakai dan berjalan sikit, rasa macam ngam dengan kaki… terus beli tapi baru sehari dah rasa sakit kaki dan mula melecet. Mesti ramai yang biasa alami situasi ini bukan.
Nak beli sepatu baru, lebih-lebih lagi yang tumit tinggi memang tricky. Berikut beberapa perkara harus diberi perhatian semasa membeli kasut baru supaya kamu elak membeli kasut hanya berdasarkan penampilan luaran semata.
Ukur kaki sebelum beli kasut baru
Kamu perlu ingat bahawa, dari masa ke masa, kaki kamu boleh menjadi sedikit lebih panjang dan lebar, jadi kamu harus mengukurnya setiap tahun. Terutama jika kamu suka membeli kasut melalui Internet.
- Foto – You Magazine
Pilih ukuran kasut baru berdasarkan ukuran kaki yang lebih besar
Percaya atau tidak, ramai orang mempunyai sebelah kaki sedikit lebih besar daripada yang lain. Oleh itu, kamu harus mencuba beberapa pasang dengan ukuran yang berbeza dan pilih kasut yang buat kamu selesa pada kedua kaki.
Kestabilan harus menjadi syarat bila kamu membeli kasut baru
Sekiranya kamu mencuba kasut bertumit tinggi, cubalah memberi sedikit tekanan pada bahagian tengah kaki. Dalam beberapa kes, ini akan menyebabkan tumit tergelincir ke belakang.
- Foto – Brightside
Kamu harus perhatikan fleksibiliti insole
Ambil kasut dan cuba bengkokkan bahagian jari kaki. Insole yang tidak lentur menghalang sendi kaki bergerak secara normal. Ini boleh mengakibatkan gangguan dan keletihan yang cepat.
Sentiasa periksa kasut baru dengan tangan dari dalam
Permukaan dalaman mestilah lembut, tanpa jahitan dalaman yang kasar. Insole harus lentur dan mudah ditanggalkan.
- Foto – Medical News Today
Jalan beberapa langkah di permukaan yang kukuh
Semasa mencuba kasut baru, pastikan berjalan beberapa langkah di permukaan yang kukuh. Permaidani lembut boleh membuat kasut terasa selesa. Untuk mendapatkan idea yang lebih baik, berjalanlah dari permaidani dan ke lantai kosong!
Bila kamu membeli kaset tumit tinggi, pastikan ambil yang ukuran lebih besar dari kaki dengan kestabilan dan keselesaan insole, supaya si pemakai tidak kekok dan terasa lenguh.
Selamat beramal!