“Kau memang jenis selalu fikir benda positif saja ke, jarang aku tengok kau down tak kan kau tak pernah rasa negatif dalam diri kau?”
Persoalan seperti ini pastinya pernah terlintas dalam benak fikiran diri kamu bukan, tatkala melihat insan di sisi kamu mempunyai gaya pemikiran yang positif seperti ini.
Tapi apa yang membuatkan individu dalam kategori berfikiran positif ini tidak terjerumus dalam dunia negatif kehidupan? Ikuti kupasan penuh bersama Wanista di bawah.
@zuraida.shahime Positive people #tiktokmalaysia #TikTokGuru #speechperak #LearnOnTikTok #positivevibes
Bukan Tak Pernah Fikir Negatif, Ada Sebenarnya
- Foto – Vocal
Sebenarnya orang yang positif ini bukannya tidak pernah berfikiran negatif, ada sebenarnya apatah lagi hidup sebagai manusia biasa tidak lari dari terpaut dengan pemikiran negatif yang datang ketika diri berada dalam situasi marah, sedih, kecewa, kesunyian dan tekanan kehidupan.
Bukan itu saja, individu positif juga merasai ragu-ragu, ketakutan dan berasa tidak yakin untuk menongkah perjalan hidup kehadapan dan semua ini adalah elemen negatif dalam hidup kita semua.
Tidak Biarkan Rasa Negatif Berkembang
- Foto – iStock
Meskipun begitu, golongan positif ini tidak membiarkan elemen negatif itu berkembang-biak dan meracun diri dan kehidupan mereka.
Kerana walau apa jua rintangan dan cabaran yang dilalui, semua ini boleh di hadapi satu persatu dan secara perlahan-lahan setiap masalah yang dihadapi pasti akan menemui jawapannya.
Pandang Pada Kekuatan Dan Peluang
- Foto – Grade Miners
Selain itu, individu positif ini lebih suka memandang pada kekuatan diri daripada melihat pada kelemahan mereka dari situ pemikiran mereka tidak mudah terjerumus dengan elemen dan pemikiran yang negatif.
Malah golongan positif juga gemar melihat peluang yang ada untuk menambahbaikan kebolehan diri, agar diri mereka bertambah positif dari hari sehari.
Berasa Cukup Dengan Apa Yang Dimiliki Dan Memotivasikan Diri
- Foto – Freepik
Golongan positif juga sebenarnya banyak menitipkan motivasi dalam diri, dengan cara ini fikiran mereka tidak mudah diracuni dengan persekitaran dan pemikiran yang negatif dalam hidup mereka.
Untuk mengekalkan pemikiran yang positif sepanjang masa, kebanyakan individu positif akan berasa cukup dengan apa mereka miliki berbanding cuba mengejar sesuatu yang sukar untuk mereka dapatkan dalam hidup.
- Foto – Freepik
Konklusinya semua orang mempunyai pemikiran negatif itu sendiri, tetapi tak semua orang memilih untuk memandang sudut positif dan cuba melihat kehadapan dengan berani.
Kita perlu bersikap dan berfikiran positif dalam hidup, barulah segala cabaran yang sedang dilalui dapat dihadapi dengan penuh bijaksana dan berkeyakinan.
Selamat beramal!